Sabtu, 6 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Jais ada kuasa serbu gereja: Peguam

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]

‘Semua perlu tenang’

Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT

'Semua perlu tenang' KUALA LUMPUR - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Selangor kesal laporan yang membangkitkan kembali snsitif termasuk penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil Bahasa Melayu hingga membangkitkan rasa ketidakselesaan beragama.

Yang Dipertuanya, Khairudin Abas berkata, laporan kembali dibangkitkan susulan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Gereja Methodist, Damansara Utama, Rabu lalu.

"Abim menggesa semua pihak bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu dengan memberikan tekanan kepada mana-mana pihak kerana kes ini sewajibnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus dan mencari kebenaran.

"Abim Selangor merasakan bahawa inilah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap warga Malaysia jika wujud pertikaian," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Khairudin berkata, tindakan sesetengah pihak yang mengambil pendekatan popular dengan membuat kesimpulan sempit t berlawanan dengan semangat kerukunan dalam kepelbagaian masyarakat.

Katanya, setiap institusi penguat kuasa yang wujud perlu dihormati selagi mereka melaksanakan tugas yang diperuntukan berlandaskan undang-undang.

"Abim juga berkeyakinan bahawa pihak berkuasa bertindak mengikut saluran diperuntukkan oleh undang-undang. Justeru, sebarang tekanan dan campur tangan di luar skop perundangan dibimbangi akan menjejaskan proses siasatan dan usaha-usaha mencari fakta dan kebenaran dalam hal ini.

"Kami percaya sekiranya semua pihak bersikap tidak prejudis, terbuka dan yakin dengan proses perundangan sedia ada, maka sebarang masalah mampu diatasi dan keharmonian hidup beragama dinikmati selama ini dipertahankan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved