SH |
Posted: 05 Aug 2011 05:00 PM PDT Didakwa terima rasuah RM500
IPOH – Seorang kakitangan awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin atas tuduhan menerima rasuah daripada seorang nelayan di Seri Manjung, Mac lalu.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Sahimi Ariffin, 56, didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kereta di hadapan Restoran Briyani, Bandar Baru, Seri Manjung pada jam 3 petang, 11 Mac lalu. Tertuduh yang merupakan Pembantu Perikanan Tingkat Khas, Pejabat Perikanan Kampung Acheh, Seri Manjung didakwa meminta satu suapan berjumlah RM500 daripada Mohd Fadli Sahri. Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya dan seorang lagi rakan, Azmi Hussein yang menjalankan kegiatan membawa benih kerang tanpa permit di Taiping. Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a)Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama. Di bawah seksyen tersebut, Sahimi boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau denda RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Sharullah Khan Nawab Zadah Khan. Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 28 September ini. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan