SH |
Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT Nelayan asing menyamar
KUANTAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menahan sebuah bot nelayan Thailand yang disyaki menyamar dengan menggunakan nombor pendaftaran negara ini iaitu KNF 7359.
Ketika kejadian, anak kapal dari Kelas Peronda Generasi Baru, KD Perak mendapati awak-awak bot berkenaan sedang melakukan aktiviti penangkapan ikan dengan menggunakan pukat jerut. Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Pertama, Datuk Pahlawan Mohamad Roslan Mohamad Rosli berkata, KD Perak berjaya mengesan bot nelayan tersebut yang memasuki perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia di posisi 80 batu nautika timur laut Tanjung Gelang. Menurutnya, selepas siasatan, anak kapal mendapati lapan awak-awak warganegara Thailand berada di atas bot sepanjang 15 meter itu. "Siasatan mendapati bot terbabit tidak mempunyai permit menangkap ikan di perairan negara dan kesemua awak-awak tidak memiliki sebarang pengenalan diri. "Malah beberapa peralatan menangkap ikan telah disita seperti magnetik kompas, radio dan Global Positioning System (GPS). Katanya, TLDM seterusnya menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur untuk siasatan lanjut dan pendakwaan di bawah Akta Penangkapan Ikan 1984. "Penahanan ini telah membuktikan keberkesanan operasi TLDM dalam mengawal dan melindungi kepentingan maritim di perairan negara. "Selain itu, kerjasama baik yang sedia terjalin antara TLDM dan APMM mampu mewujudkan persekitaran maritim negara yang aman serta selamat," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan