SH |
Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT Larangan Jais kekal: Marzuki
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak akan membenarkan mana-mana individu terutamanya ahli politik yang tidak mempunyai tauliah memberikan ceramah, tazkirah dan mengajar agama Islam di masjid atau surau di Selangor.
Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, Jais merujuk kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat bertarikh 22 Jun 2011 daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menyatakan ahli-ahli politik tidak dibenarkan memberi ceramah berkenaan agama Islam di masjid dan surau di Selangor. "Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberi ceramah di semua masjid dan surau di negeri ini," katanya. Merujuk kepada kenyataan balas oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selepas diumumkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak boleh berceramah kerana tidak mempunyai tauliah, Marzuki berkata, Jais akan terus menyiasat dan bertindak. "Kalau dia (Khalid) terus berceramah dan kita dapat aduan, kita akan pantau dan siasat, kalau betul kita tarik lagi macam yang dulu. Siasat lagi," katanya. Dalam pada itu katanya, Jais akan mengarahkan penguatkuasanya menjalankan siasatan jika terdapat aduan penceramah yang tidak mempunyai tauliah menyampaikan ceramah di masjid atau surau di negeri ini. Beliau berkata, nazir masjid tersebut akan dipanggil ke Jais memberi penjelasan kenapa perkara ini berlaku dan Jais akan mengambil tindakan terhadap nazir tersebut sama ada menggantung atau menamatkan perkhidmatan nazir tersebut. "Sebelum jemput penceramah, nazir atau jawatankuasa masjib perlu merujuk Jais terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran, sebab Jais perlu mengetahui latar belakang setiap penceramah yang akan memberikan ceramah. "Ada dua nazir dipanggil (untuk beri penjelasan), iaitu kes di Kampung Melayu Subang yang melibatkan Azmil Mustapa dan Khalid Samad. "Yang ditumbuk di Selayang (Pengerusi Surau An-Nur Kampung Lembah Indah, Rostam Abdul Rahim) juga sudah dipanggil dan mempertahankan tindakanya. Dia ditumbuk sebab pertahankan Islam. Kita nak nazir seperti inilah. Patuh kepada enakmen," katanya. Katanya, Jais sememangnya sudah mempamerkan titah Sultan Selangor dan notis berhubung kenyataan di bawah enakmen berkaitan di setiap masjid ada dipamerkan. Bagaimanapun ia bergantung kepada nazir dan jawatankuasa masjid, nazir dan jawatankuasa masjid dan sepatutnya tahu apabila perkara ini berlaku sebab sudah disenaraikan dalam kenyataan tersebut. "Jadi sebab itu, bila perkara ini berlaku Jais akan panggil nazir bagi penjelasan. Tetapi kalau kita tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan, kita akan ambil tindakan terhadap nazir tersebut," katanya. Sehingga kini katanya, 2,601 tauliah diberikan kepada penceramah termasuk melibatkan 380 masjid dan 2,081 surau. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan