Jumaat, 16 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Reda kubur bayi digali semula

Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT

Reda kubur bayi digali semula TUMPAT – Keluarga bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia dua hari lalu, terpaksa reda kubur anaknya itu terpaksa digali semula oleh polis di Tanah Perkuburan Islam Geting Tengah, Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini, petang semalam.

Walau pun berat untuk menerima hakikat itu, ibu bayi berkenaan, Che Yah Che Omar, 42, bersama suaminya, Adam Hamid, 45, terpaksa akur dengan prosedur siasatan polis dan perintah yang dikeluarkan mahkamah untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat anak kelimanya, Mohd Hafizan.

Selasa lalu, Mohd Hafizan yang mengidap penyakit jantung dan sindrown down meninggal dunia di rumahnya di Kampung Pantai Geting kira kira jam 12.30 tengah malam.

Bagaimana pun kematian Mohd Hafizan ini tidak dimaklumkan kepada polis dan juga imam di kampung ini menyebabkan kubur tersebut terpaksa digali semula, untuk bedah siasat mayat bayi berkenaan.

Abang bayi tersebut, Mohd Azwan, 21, berkata, mungkin kerana panik ibunya hilang punca dan juga tidak mengetahui perlu membuat laporan di balai polis berdekatan sekiranya ada kematian menyebabkan masalah ini berlaku.

"Lagi pun malam kematian adik bongsu saya ini, ayah kami tiada di rumah kerana ke laut menangkap ikan.

"Kami sekeluarga hilang punca, untuk menunggu ayah pulang, kami tidak tahu bila ayah akan balik, lagi pun bila ayah turun ke laut, kadang kala tiga hari baru pulang, tetapi sekiranya ikan tiada, seminggu baru balik," katanya.

Menurutnya, disebab itulah, ibunya menguruskan jenazah adik kelimanya itu sendiri dengan memanggil beberapa orang pondok di Pondok Muslim di Kampung Neting untuk solat jenazah pada pagi Selasa itu.

"Selepas solat jenazah itu, arwah adik saya ini dikebumikan kira-kira jam 9 pagi di tanah perkuburan tersebut tanpa menunggu kepulangan ayah kami.

"Tetapi pada pagi itu ayah pulang dari menangkap ikan, tetapi dia tidak juga sempat melihat jenazah adik saya itu," katanya.

Menurutnya, selepas pengebumian Mohd Hafizan selesai, ayahnya ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk mengesahkan kematian itu tetapi tidak diterima kerana melanggar prosedur sehinggalah kubur adiknya terpaksa digali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Katanya, kubur itu digali oleh sepasukan anggota Forensik Polis Kelantan kira-kira jam 3.30 petang yang turut dihadiri Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II, Imam, Majistret Pasir Mas dan juga Jabatan Agama Jajahan Tumpat.

Menurutnya, mayat bayi yang digali itu dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.

"Hasil bedah siasat kematiannya mendapati tiada unsur jenayah , kematiannya berpunca akibat kompilasi jantung," katanya.

Menurutnya, mayat bayi lelaki itu diserahkan semula kepada keluarganya kira-kira jam 6 petang semalam, untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan tersebut.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved