Sinar Harian :: Suara Cakna |
Sokong BN, bukan calon jika mahu rampas kembali Selangor: Najib Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT Sokong BN, bukan calon jika mahu rampas kembali Selangor: Najib SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Barisan Nasional (BN) memberikan sokongan penuh kepada parti itu dan bukannya calon yang bertanding jika mahu merampas kembali Selangor pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata semua anggota BN perlu menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan dan memilih calon yang sesuai serta mampu memberikan kemenangan kepada parti itu di Selangor. "Berikan sekongan sepenuhnya kepada BN, jangan merajuk jangan sabotaj tapi berikan sokongan habis-habisan. "Kita sudah lalui sejarah pahit sejak tiga tahun lepas, jangan biarkan sejarah berulang kembali. Jika ditakdirkan kita tidak menang pada PRU akan datang, maka malang bagi BN di Selangor," katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di sini hari ini. Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor berkata selepas tamparan pada 2008 ekoran kekalahan BN di Selangor, semua pihak sepatutnya tidak memikirkan soal jawatan dalam parti sebaliknya memberikan fokus dan insaf untuk merampas kembali Selangor. Beliau berkata semua pihak perlu sedar dengan kesilapan lepas dan sama-sama memperbaiki diri dan mempersiapkan parti untuk memenangi hati semua pihak dan bekerja bersungguh-sungguh bagi memberikan semula keyakinan rakyat kepada BN. "Jangan laung kita rampas, tapi kena laungkan juga kita insaf dengan pengalaman pahit. Sampai masa jika kita tidak jadi wakil rakyat, kita kena bersedia dan sanggup berundur serta terus memberikan sokongan kepada parti," katanya. Kata-kata Najib itu disambut dengan teriakan sokongan dari kira-kira 3,000 perwakilan yang dijemput serta mengundang aksi spontan pimpinan tertinggi BN di Selangor yang berada di atas pentas utama untuk sama-sama berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju. Beliau turut mengulangi pertanyaan itu kepada semua hadirin yang turut berdiri dan menyatakan persetujuan. "Saya tanya bukan apa, kadang-kadang bila kita kalah ini, semak punya semak yang khianati kita, ahli kita sendiri," katanya dalam nada seloroh sambil meminta semua ahli BN setia kepada parti.- Bernama |
Dua maut apabila kereta terbakar di Tumpat Posted: 15 Sep 2011 05:00 PM PDT Dua maut apabila kereta terbakar di Tumpat TUMPAT - Dua orang yang dipercayai penyeludup mati rentung di dalam kereta yang mereka naiki setelah ia terbakar selepas terjunam ke dalam tali air di Kampung Kok Seraya di sini malam tadi. Kedua-duanya dipercayai cuba melarikan diri apabila menyedari terdapat sekatan jalan oleh anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kampung berkenaan. Kereta Proton Iswara itu didapati membawa 30 tong diesel yang dipercayai punca kebakaran itu berlaku. "Kereta itu dikatakan membuat pusingan U bila nampak sekatan. Mungkin mereka menyangka ia adalah sekatan polis. "Kereta berkenaan cuba mengelak sekatan itu sebaliknya terbabas dan
dikatakan bergolek beberapa kali ketika terjunam ke dalam
tali air kering itu sebelum terbakar, kira-kira 100 meter dari lokasi sekatan Beliau berkata identiti kedua-dua mangsa belum dapat dikenal pasti kerana mereka dan kenderaan yang terlibat rentung habis. Pihak bomba yang dihubungi anggota SRS kira-kira 10.20 malam mengambil masa kira-kira setengah jam bagi memadam kebakaran dan menemui dua mayat, katanya. Mayat dihantar ke Hospital Tumpat.- Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan