Ahad, 11 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Sultan Kedah bangga

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Sultan Kedah bangga ALOR SETAR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah bangga dengan pencapaian Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) kerana berjaya melahirkan dua Perdana Menteri terulung, iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir Mohamad.

Baginda menyifatkan dalam sejarah negara, kemungkinan perkara itu tidak akan berlaku bagi mana-mana sekolah pada masa akan datang.

"Sejak penubuhannya pada 1908, KSAH telah melalui rentetan sejarah perkembangan yang panjang dan banyak perubahan berlaku. Banyak jasa telah ditabur oleh pelajar KSAH kepada negeri dan negara," titah baginda ketika merasmikan majlis pecah tanah Dewan Centennial KSAH, anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca), semalam.

Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

Tuanku Abdul Halim bertitah, peluang yang diberikan kepada anak-anak Melayu untuk belajar dalam bahasa Inggeris telah membuka ruang dan melahirkan ribuan pelajar yang telah mengharumkan nama mereka di persada antarabangsa mahupun dalam negara.

"KSAH turut mencatat sejarah apabila meraikan ulang tahun ke-100 pada 2008 dan sambutannya telah diadakan sebagai satu acara rasmi Perayaan Jubli Emas pemerintahan beta sebagai Sultan Kedah pada tahun yang sama," titah baginda.

Baginda berharap Dewan Centennial KSAH akan menjadi mercu tanda baru kebanggaan warga KSAH masa kini dan akan datang.

Presiden Sahoca, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, dewan berkenaan kelak bakal dijadikan dewan serbaguna untuk menganjurkan pelbagai aktiviti KSAH dan Sahoca serta mampu memuatkan lebih 1,000 orang.

"Kos keseluruhan berjumlah RM6.5 juta dan dijangka siap dalam masa tiga tahun akan datang. Dalam tempoh itu, Sahoca akan menganjurkan pelbagai program untuk menambah dana. Dana terkumpul setakat ini mencecah RM2.5 juta," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan dana tambahan bagi melancarkan projek ini.

Syed Unan Mashri berkata, idea awal pembinaan dewan ini timbul sejak 2002 memandangkan Dewan Iskandar sedia ada tidak mampu menampung jumlah pelajar.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved