Ahad, 11 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

16 ditahan disyaki guna pasport palsu

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

16 ditahan disyaki guna pasport palsu

SENAI - Seramai 16 warga Indonesia yang dipercayai menggunakan pasport palsu ditahan Jabatan Imigresen negeri sebaik tiba di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail (LTASI) Senai di sini, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Gajendra Bahadur berkata, kesemua lima lelaki dan 11 wanita berusia antara 20 hingga 50 tahun dari Surabaya, Indonesia itu ditahan sebaik tiba di negara ini jam 5.40 petang.

"Kesemua warga asing itu mendakwa datang ke negara ini untuk melawat saudara mereka sempena Hari Raya Aidilfitri namun terpaksa ditahan kerana menggunakan pasport yang mencurigakan dan disyaki adalah palsu.

"Pemeriksaan ke atas pasport warga asing itu mendapati terdapat beberapa ciri yang meragukan antaranya gambar pemilik asal pasport yang ditukar kepada gambar orang lain,'" katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata, cop masuk dan keluar pada pasport tersebut juga disyaki dipadam seolah-olah pemilik pasport tidak pernah masuk ke Malaysia sebelum ini.

"Pihaknya tidak menolak kesemua warga asing yang ditahan itu datang ke negara ini untuk bekerja dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 (3) Akta Imigresen 1959/1963," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved