Ahad, 11 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Bau asap melekat pada pakaian

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Bau asap melekat pada pakaian PANDAN PERDANA - Penduduk Pandan Perdana menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengekang aktiviti pembuangan sampah haram yang semakin serius bersebelahan perumahan mereka.

Penduduk mendakwa, pembuangan sampah haram ini berlaku pada waktu malam dan kontraktor tidak bertanggungjawab ini turut membakar sampah pada lewat malam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee Ying Ha berkata, penduduk berdepan masalah ini sejak setahun lalu dan mereka tidak selesa dengan keadaan tersebut kerana kesan aktiviti itu menjejaskan kualiti kesihatan dengan bau busuk serta asap yang dihidu.

Menurutnya, kesan pembakaran pada malam itu juga menyebabkan penduduk sukar tidur malam dan mereka mahu perkara ini segera diambil tindakan undang-undang kerana aktiviti itu mencemarkan kualiti udara.

"Sebelum ini, aktiviti haram pembuangan sampah dan pembakaran secara terbuka bersebelahan perumahan ini dilakukan secara kecil-kecilan tetapi menjadi serius sekarang kerana terdapat pihak tertentu yang mengawal aktiviti ini," kata Jenice sewaktu melakukan tinjauan bersama penduduk Pandan Perdana di tapak pembuangan sampah baru-baru ini.

Jenice berkata, kawasan tanah lapang terbiar bersebelahan perumahan Pandan Perdana ini adalah sempadan kawasan antara Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Katanya, difahamkan tanah tersebut adalah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mungkin tidak sedar aktiviti ini berlaku.

"Saya akan menghantar surat mewakili penduduk kepada DBKL agar segera mengambil tindakan kerana kesan dari aktiviti tersebut telah menjejaskan kesihatan penduduk Pandan Perdana," kata Jenice.

Sementara itu, penduduk, Elaine Lee, 40-an berkata, penduduk sengsara menghidu bau busuk dan kepulan asap yang memasuki rumah terutamanya pada waktu malam ketika penduduk mahu tidur.

"Akibat aktiviti pembakaran sampah ini, penduduk turut menghadapi masalah untuk menyidai pakaian kerana bau asap melekat kepada pakaian.

Keadaan lebih teruk apabila kesan pembuangan sampah ini turut membawa pembiakan lalat yang turut memasuki rumah dan menjejaskan kesihatan serta keselesaan penduduk," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved