Ahad, 11 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Kembar OKU nyaris maut

Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT

Kembar OKU nyaris maut KUANTAN - Ribut dan angin kencang malam kelmarin merosakkan kira-kira 13 rumah di Felda Sungai Panching Utara hingga menyebabkan dua daripadanya rosak teruk.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam itu mengejutkan kebanyakan penduduk yang sedang berehat di rumah masing-masing. Malah, ia turut merosakkan beberapa kedai milik penduduk di situ.

Penduduk, Sabariah Abdullah, 51, berkata, ketika kejadian, dia sedang mengaji di biliknya sejurus selesai menunaikan solat.

Menurutnya, bunyi angin yang bertiup begitu kuat membuatkan dia tidak sedap hati.

Tidak lama kemudian, sebahagian atap zink di bahagian ruang tamunya terbang dalam sekelip mata.

"Angin bertiup kencang tiga kali, kali pertama hanya menerbangkan sekeping atap zink, tetapi pada tiupan ketiga, sebahagian atap di ruang tamu terbang hingga menyebabkan keadaan rumah rosak teruk.

"Saya sangat terkejut dengan kejadian itu dan hanya memikirkan keadaan lapan anak saya terutama pasangan kembar orang kurang upaya (OKU) spastik yang berada di dalam rumah," katanya ketika ditemui di sini.

:Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panching, Mohd Zaili Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan, Jamaluddin Harun.

Sabariah yang juga ibu tunggal kelihatan masih trauma serta seperti tidak percaya rumah yang baru dibaikinya itu kini rosak teruk.

:Seorang lagi penduduk, Siti Zainab Mohamed Idris, 49, berkata, dia dihubungi anak bongsunya, Mohd Khairul Azhar Saharin, 16, yang memberitahu rumah mereka dilanda ribut.

Katanya, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana mempunyai urusan lain di bandar, bagaimanapun dia bergegas pulang untuk melihat keadaan rumahnya selepas mengetahui mengenai kejadian itu.

"Sejurus tiba, saya sangat terkejut apabila mendapati keadaan sebahagian atap rumah di bahagian belakang termasuk dua bilik tercabut.

"Ini kejadian pertama sejak saya tinggal di sini 29 tahun lalu. Mungkin kejadian ini ada hikmahnya. Saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.

Mohd Khairul Azhar berkata, ketika kejadian, dia berada di ruang tamu sebelum terdengar bunyi dentuman kuat selepas angin kencang menerbangkan sebahagian atap di bahagian bilik.

"Kejadian berlaku dengan pantas dan keadaan gelap serta hujan lebat menyebabkan saya sukar melihat apa yang terjadi.

"Selepas keadaan reda, saya terkejut apabila mendapati atap bahagian belakang rumah sudah tiada," katanya.

Sementara itu, Mohd Zaili berkata, bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan diberikan selepas kerugian dinilai selain bantuan segera lain.

Katanya, selain di Felda Sungai Panching Utara, sebuah rumah lagi di Kampung Pandan 1 turut dilanda ribut.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved