Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Hanya 2 aduan kenaikan harga barang pada musim raya Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT |
Sejumlah 18,017 pelajar IPT Kelantan terima wang ehsan Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT Sejumlah 18,017 pelajar IPT Kelantan terima wang ehsan BACHOK – Seramai 18,017 pelajar dari Kelantan yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara menerima bantuan wang ehsan berjumlah RM6.2 juta tahun ini. Pengerusi Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, penuntut di peringkat ijazah menerima RM800, diploma RM500 dan matrikulasi RM300. "Bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa untuk membiayai perbelanjaan anak di IPT awam dan swasta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu di peringkat Jajahan Bachok hari ini. Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan kepada 471 pelajar dari pelbagai lapisan masyarakat, terutama golongan petani dan nelayan. Dr Awang, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata, mereka yang layak boleh mendaftar menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kawasan masing-masing untuk mendapatkan bantuan wang ehsan. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan