SH |
Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT Tidak mampu keluar beraya
PASIR MAS – Seorang gadis terpaksa melupakan hasrat untuk keluar bersama rakan-rakan bertandang dari rumah ke rumah bagi menyambut perayaan Aidilfitri di Kampung Kubang Bunut, Kasar, dekat sini.
|
Rosmiza Awang Mat, 29, mengalami ketumbuhan di bahagian kaki kanan sejak dia berumur 12 tahun malah ketumbuhan tersebut semakin membesar sehingga ke paras pangkal paha dan kini ia sudah mencapai berat 100 kilogram. "Ia bermula selepas saya menjalani rawatan pada 2001 lalu namun keadaan bertambah buruk lagi apabila tumor tersebut dikatakan hidup dan membesar," katanya. Sementara itu, ibunya, Kamariah Daud, 70, berkata, dia tidak lagi mampu untuk mengubati penyakit anak bongsunya, menerusi rawatan moden mahupun tradisional. "Sejak dia mendapat penyakit ini, saya terpaksa menjual lembu, kambing, ayam dan itik bagi menampung perbelanjaan yang mencecah sehingga RM10,000. "Bukan itu sahaja, saya juga terpaksa menampung kos perubatan suami saya, Awang Mat Jusoh, 82, yang buta kedua-dua mata," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, dia memerlukan bantuan sehingga RM60,000 bagi mendapatkan rawatan susulan anaknya di Australia, jika tidak, anaknya mungkin akan kekal seperti sekarang. Kamariah berkata, dia seakan berputus asa untuk mengubat ketumbuhan pada kaki anaknya namun setiap kali Rosmiza mengalami kesakitan, dia tidak sanggup melihat anaknya menangis meronta-ronta kerana menahan sakit. Menurut, anaknya mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ia terpaksa digunakan untuk membeli keperluan asas kerana mereka sekeluarga tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengharapkan mengambil upah mengurut dengan bayaran yang diperolehi sebanyak RM15 seorang. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan