Ahad, 4 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Nafi salah guna wang

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Nafi salah guna wang

RANTAU PANJANG - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar) menafikan dakwaan beliau menyalahgunakan wang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi melunaskan bil rawatan akibat cedera semasa menyertai Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Julai lalu.

Sambil menyelar tindakan Pemuda Umno yang membuat dakwaan tersebut, pemimpin nombor dua Pas itu berkata, kos rawatan beliau di Hospital Pakar KPJ Selangor berjumlah RM8,000 lebih termasuk kos konsultan sebanyak RM3,000.

"Tetapi entah macam mana dapat dekat Pemuda Umno, kos pembedahan RM5,000, RM3,000 (lagi) Mat Sabu curi. Sebenarnya RM3,000 adalah kos konsultan pakar," katanya semasa menyampaikan ceramah di pekarangan Pusat Tarbiah Parlimen Rantau Panjang, kelmarin.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Umno, Reezal Merican Naina Merican mendedahkan salinan memorandum pembayaran bertarikh 3 Ogos 2011 yang dirujuk sebagai 'bayaran balik perbelanjaan perubatan ahli lembaga pengarah (PBAPP), Tuan Haji Mohamad Sabu'.

Bayaran balik diluluskan itu bernilai RM8,434.05 iaitu terdiri daripada bayaran RM5,060.55 bagi perbelanjaan perubatan dan RM3,373.50 bagi kos bayaran perunding pembedahan dan persoalan timbul apabila bil Hospital Pakar KPJ Selangor yang dikepilkan bersama hanya berjumlah RM5,060.54.

Hadi pertahan Mat Sabu, bidas media

Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT

Hadi pertahan Mat Sabu, bidas media

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan timbalan presidennya, Mohamad Sabu dan membidas media kerana terus menyerang pemimpin itu termasuk melabelkan Umno sebagai sebuah parti yang 'hanyut'.

"Jangan keluarkan berita sehingga jadi fitnah, Pas ialah sebuah parti Islam yang lawan semua (penjajah), British kita lawan, komunis kita lawan," katanya ketika ditemui di sini, mengulas serangan Umno dan medianya terhadap, Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu dalam kenyataannya sebelum ini mencadangkan agar sejarah negara dikaji semula sehingga menimbulkan kontroversi.

Ini berikutan dakwaan Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya, tetapi bukan cerita sebenar.

Mohamad Sabu yang dipetik berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

"Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi itu. Antara yang menyerangnya adalah kumpulan dipimpin Mat Indera, di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.

"Polis ketika itu bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu. Antara pihak menentang Inggeris adalah pejuang Islam dipelopori Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan komunis," katanya.

Namun, katanya, kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawan bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno, tetapi menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.

"Pada hal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British," katanya.

Mengulas lanjut, kata Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, perkara itu bukan sesuatu yang baru kerana Umno hanya menyokong pihak berkuasa yang dapat memberi keuntungan kepada mereka sahaja.

"Umno hanya sokong siapa yang berkuasa. Masa British berkuasa sokong British kalau Jepun berkuasa sokong Jepun, kalau komunis berkuasa mereka akan sokong komunis kerana mereka (Umno) hanyut, tetapi Pas akan melawan semua," katanya.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved