Sinar Harian :: Suara Cakna |
PM baru Jepun peroleh sokongan 63 peratus Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT PM baru Jepun peroleh sokongan 63 peratus
TOKYO - Satu tinjauan yang dijalankan terhadap 1,000 penduduk mendapati sebanyak 63 peratus menyokong pelantikan Perdana Menteri Jepun yang baru, Yoshihiko Noda iaitu sehari selepas beliau mengumumkan barisan Kabinet baru di bawah pimpinannya.
|
Noda turut berikrar untuk mencari jalan penyelesaian bagi memulihkan dan membina semula kawasan yang musnah teruk akibat bencana berganda pada 11 Mac lalu. Noda turut menamakan Jun Azumi, sebagai Menteri Kewangan dan Koichiro Gemba dilantik sebagai Menteri Luar. |
Posted: 03 Sep 2011 05:00 PM PDT 19 korban taufan Talas
TOKYO - Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban manakala 54 lagi hilang selepas taufan Talas yang turut membawa angin kencang berkelajuan 108 kilometer dan hujan lebat membadai barat Jepun, menurut laporan jabatan kajian cuaca, semalam.
Jabatan kaji cuaca melaporkan taufan Talas itu menyebabkan air sungai melimpah dan beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan merentasi Pulau Shikoku dan bahagian barat Pulau Honshu. Kerajaan tempatan menyatakan banjir besar di kampung Totsukawa terletak di wilayah Nara telah menghanyutkan beberapa buah rumah dan menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut manakala tujuh lagi dilaporkan masih hilang. Taufan Talas tersebut kini bergerak perlahan ke bahagian utara Laut Jepun. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan