Khamis, 4 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sakit mata!

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Sakit mata!

SENAI – Hanya perasaan kecewa dan sedih yang mampu terucap apabila melihat Jalur Gemilang dan bendera Johor dikibarkan dalam keadaan lusuh warnanya, malah koyak-rabak.

Atas dasar keprihatinan itu, seorang tukang kebun, Jamalu Muhammad, 54, melahirkan kekecewaannya terhadap sebuah pusat membeli-belah di sini, yang disifatkannya tidak peka dan memalukan.

"Bendera lusuh dan koyak ini telah lama dibiarkan tergantung, namun sebab tidak selesa akan keadaan itu saya telah memaklumkan pihak pengurusan tersebut, namun respons yang diterima seakan tidak dipedulikan.

"Saya melaporkan ini bukan sebab inginkan publisiti atau perkara yang tidak berasas namun saya sedih, Jalur Gemilang merupakan semangat patriotisme rakyat Malaysia, perasaan cinta dan sayang negara, dan ia merupakan lambang kebanggaan seluruh penduduk di negara ini," katanya yang ditemui di sini, semalam.

Jamalu berkata, keadaan koyak-rabak dan lusuh itu menyakitkan mata dan kos gantian bagi bendera baru juga tidak mahal berbanding keuntungan yang diraih syarikat membeli-belah itu setiap hari.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M Asojan berkata, bendera berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.

Katanya, seharusnya semua pihak yang mengibarkan bendera Jalur Gemilang ini lebih prihatin dan sensitif akan perkara ini, bukan sekadar menggantung bendera kerana terpaksa atau sekadar cukup syarat.

"Kita kena ada pengetahuan dan sikap mengenai hak mengibarkan bendera, cara-cara mengibar, susunan pengibaran Jalur Gemilang dan juga cara menghormati bendera.

"Kita perlu kibar bendera Jalur Gemilang yang bersih, baru dan mempunyai ciri-ciri satu bendera seperti warna dan teksturnya. Pada pandangan saya jika kibar bendera yang lusuh dan koyak, baik jangan kibar," katanya yang dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, Kerajaan Negeri juga telah mengedarkan 120,000 bendera Jawatankuasa Perlaksanaan Mukim-Mukim (JPMM) dan usaha menggalakkan kempen Kibar Jalur Gemilang ini, arahan telah dikeluarkan kepada jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan swasta untuk mengibarkan Jalur Gemilang di premis mereka serta mengagihkan bendera kereta kepada pekerja mereka.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved