Khamis, 4 Ogos 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Maxis raih anugerah Majikan Terbaik Asia

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Maxis raih anugerah Majikan Terbaik Asia Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu terunggul Malaysia, sekali lagi diiktiraf sebagai majikan pilihan di rantau ini apabila menerima Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia di majlis Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia kali kedua, anjuran Employer Branding Insitute di Singapura.

Naib Presiden Kanan Sumber Manusia, Azmi Ujang dan Ketua Pegawai Bakat, S Kularajah telah menerima anugerah terbabit di Pusat Pameran dan Konvensyen Antara-bangsa SUNTEC, Singapura di mana kemenangan ini adalah tahun kedua berturut-turut bagi Maxis.

Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia ini adalah penghargaan kepada kejayaan Maxis dalam mewujudkan satu budaya penyumba-ngan serta inovasi di tempat kerja, dan kepercayaannya di dalam peningkatan yang konsisten dalam dasar-dasar Sumber Manusia, ia diiktiraf bagi peranannya dalam membangunkan pemimpin masa depan.

Azmi berkata, sebagai majikan pilihan yang meletakkan pekerjanya sebagai prioriti, Maxis menyedari keperluan pekerja untuk pembangunan yang konsisten supaya mereka kekal relevan di dalam pasa-ran yang amat pesat ini.

"Berpandukan matlamat terbabit, kami telah pun mengambil pelbagai inisiatif dalam membangunkan dan membekalkan pekerja kami dengan kemahiran serta pengetahuan yang penting untuk masa hadapan. Kami percaya terhadap pekerja kami dan potensi mereka, dan itulah caranya Maxis terus berinovasi serta bergerak ke hadapan," katanya.

TM, Google Malaysia tawar platform iklan

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

TM, Google Malaysia tawar platform iklan Telekom Malaysia Berhad (TM) menawarkan platform pengiklanan menerusi carian Google, Google AdWords kepada pelanggan perusahaan kecil dan sederhananya (PKS) seiring dengan usaha mereka dalam meningkatkan tawaran produk berkenaan.

Naib Presiden Eksekutif PKS TM, Azizi A Hadi berkata, program 12 bulan itu bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada pelanggan PKS TM untuk menggunakan medium pemasaran online bagi memasarkan perniagaan mereka kepada umum.

"TM komited dalam menawarkan medium dan penyelesaian komunikasi yang khusus dan kos efektif untuk golongan PKS di negara ini dengan mengetengahkan inisiatif yang akan meningkatkan perniagaan dan kedudukan mereka dalam rantaian nilai.

"Usaha sama ini juga dapat memberi ruang kepada PKS untuk menembusi pasaran global tanpa sempadan dengan menggunakan ICT sebagai medium pemasaran yang mantap," katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara dua pihak itu di Kuala Lumpur, semalam.

Azizi berkata, TM juga menawarkan kupon pemasaran Google AdWords kepada pelanggannya di Malaysia yang boleh digunakan untuk memulakan kempen pemasaran online bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Bagi peringkat awal , kupon pemasaran Google AdWords bernilai antara RM150 hingga RM500 akan diberikan percuma kepada pelanggan PKS TM yang terpilih," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved