Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT Tidak pernah
pelawa Ku Li
SHAH ALAM – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semalam menafikan sebarang pertemuan atau pelawaan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, tiada pertemuan mahupun perbincangan dilakukan mengenai isu tersebut. "Dakwaan (Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri ) Zahrain (Mohamed Hashim) tidak benar sama sekali kerana kami tidak pernah berbincang mengenai pengganti Ketua Pembangkang. "Isu ini tidak wujud sama sekali kerana PR tetap berpegang teguh dan yakin dengan kepimpinan Anwar sebagai Ketua Pembangkang," katanya. Kelmarin, Zahrain mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mempelawa Ku Li mengambil alih kedudukan Anwar. Mohamd Sabu turut mempersoalkan bagaimana Zahrain memperoleh sumber tersebut sedangkan pelawaan terhadap Ku Li tidak pernah berlaku. Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan sedemikian sama ada bermotif peribadi atau sebaliknya. "Ini kerana kita tidak pernah berbincang ke arah itu untuk menggantikan Anwar. Kita juga tidak pasti sama ada sumber Zahrain adalah rekaan semata-mata atau sebaliknya yang mungkin bertujuan untuk menjejaskan hubungan PR," katanya. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, dakwaan Zahrain hanya propaganda untuk memecahbelahkan hubungan PR. "Setiap patah perkataan Zahrain adalah pembohongan belaka kerana isu pengganti Anwar tidak pernah timbul sama sekali. "Kita berharap Zahrain dapat menginsafkan diri pada bulan Ramadan ini daripada membuat tohmahan yang tidak tepat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Jawapan SPR tidak meyakinkan: PR Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT Jawapan SPR tidak meyakinkan: PR
PETALING JAYA - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meragui penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi disebabkan masalah kemas kini.
Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub (gambar) yang mengetuai sidang media di pejabat Pakatan Rakayat itu berkata, perkara itu tidak masuk akal kerana mana mungkin SPR tidak mengetahui tentang permasalahan itu. Bagaimanapun perkara itu diulas, Setiausaha Pas Selangor Khairuddin Othman kerana beliau baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam. Menurutnya, SPR malam kelmarin menafikan terdapat pendu�duk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu." Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu, kesilapan berpunca kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Menurut Khairuddin, jawapan diberikan Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana, masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam. Tambah beliau, timbul persoalan kenapa sistem dalam talian tidak dikemas kini secara automatik sejurus maklumat diperoleh. "Kalau tidak kemas kini, SPR kena kaji sistem itu," katanya. Khairuddin yang juga pengamal undang-undang, mendakwa mengenal pasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras, namanya masih tercicir dalam daftar pemilih. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan