Khamis, 4 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Penyeludup lompat dari kereta

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Penyeludup lompat dari kereta KOTA BHARU – Pelbagai taktik dilakukan penyeludup petrol di negeri ini bagi mengelak ditangkap dan yang terbaru dua lelaki sanggup melompat dari kereta yang bergerak sehingga kenderaan itu melanggar tiang dan tangga rumah di Pasir Pekan, Tumpat, dua hari lalu.

Bagaimanapun, dua lelaki terbabit berjaya melarikan diri ke dalam semak di kawasan itu sejurus melompat keluar dari kereta Proton Saga yang dipercayai membawa muatan petrol untuk diseludup ke negara jiran.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun berkata, siasatan dijalankan mendapati tangki minyak kereta itu diubahsuai dan dipercayai mampu memuatkan petrol sehingga 300 liter.

"Dalam kejadian 1.30 petang itu, seorang lelaki didapati dalam keadaan mencurigakan ketika mengisi minyak di Petronas Pasir Pekan dan seorang lagi rakannya menunggu di tempat pemandu kereta.

"Apabila menyedari kehadiran pegawai kami yang diketuai A'ala Shah Md Yusop mereka tergesa-gesa masuk ke dalam kereta dan melarikan diri sehingga terlanggar kereta penguatkuasa," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, pemandu kereta itu terus memecut ke jalan kampung sehingga hilang kawalan sebelum bertindak melompat keluar dari kereta yang bergerak dan membiarkan kenderaan itu melanggar tiang rumah dan tangga rumah penduduk.

Katanya, mereka kemudian terus masuk ke kawasan semak dan akibat tindakan liar itu menyebabkan tiang dan tangga rumah tersebut patah namun tiada kecederaan yang dilaporkan.

Fauzi berkata, dua lelaki terbabit sanggup membahayakan nyawa sendiri dan tidak menghiraukan nyawa orang lain terutama kanak-kanak yang sedang bermain ketika kejadian itu.

"Pihak kami mendapati aktiviti seludup barang kawalan terutama petrol dan diesel semakin berleluasa dan aktif ekoran permintaan tinggi di Thailand. Penyeludup ini juga menggunakan kereta atau lori pendaftaran tempatan yang diubahsuai tangki minyak hingga boleh memuatkan muatan sehingga 500 liter," katanya.

Katanya, penyeludup menggunakan tangki asal tetapi kerap membuat pengisian selepas menyedut keluar di kawasan penyeludupan yang ditetapkan sebelum minyak itu diseludup ke negara jiran pada malam hari.

Kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Bekalan 1974. Jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved