SH |
Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT Operasi bersepadu cegah dadah
RHU RENDANG – Ketika orang sibuk beramal sepanjang malam Ramadan, dia pula sibuk ke sana ke mari mencari bekalan dadah.
Demikianlah gambaran sesuai diberikan kepada seorang pemuda berusia awal 20-an yang berjaya ditahan di Taman Medan Jaya malam kelmarin. Pemuda itu berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu disertai pelbagai agensi kerajaan iaitu Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Medan Jaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah. Ketua Pegawai AADK daerah, Wan Zulkafli Wan Ahmad berkata, lelaki tempatan itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Zon A Taman Medan Jaya dan dia didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing oleh AADK. "Pada operasi bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam itu, seramai 16 orang telah diperiksa dan telah diambil ujian air kencing, namun hanya seorang pemuda berusia awal 20-an disahkan positif dadah," katanya selepas operasi bersepadu itu selesai dijalankan. Wan Zulkafli berkata, pada operasi itu juga, seramai 15 anggota AADK, 11 ahli KRT Medan Jaya, lima anggota Rela dan dua anggota polis bekerjasama dalam memastikan operasi bersepadu itu berjalan lancar serta mencapai objektifnya. Menurutnya, pihaknya juga akan sentiasa menjalankan operasi di kawasan berbeza secara berkala bagi memastikan seluruh daerah bebas daripada kegiatan tidak bermoral, termasuk mengesan penagih dadah di kawasan perumahan terutama remaja. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan