Khamis, 4 Ogos 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Dituduh bunuh bekas polis

Posted: 03 Aug 2011 05:00 PM PDT

Dituduh bunuh bekas polis IPOH – Tiga sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang bekas anggota polis di Taman Pengkalan Indah, 22 Julai lalu.

R Ganesan, 30; S Sivakumar, 18; dan Hasyim Jaganathan Abdullah, 36, masing-masing berasal dari Ipoh dituduh melakukan perbuatan membunuh ke atas S Sunther, 50, dengan niat mendatangkan kecederaan pada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian.

Mereka melakukan kesalahan itu di hadapan Pusat Makanan Kum Sam antara jam 10 malam hingga 12 malam pada hari berkenaan.

Dakwaan terhadap mereka itu mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhaimin Aris menawarkan jaminan sejumlah RM20,000 seorang atas alasan kepentingan orang awam.

Kesemua tertuduh diwakili Peguam Bela, Ranjit Singh Sandhu merayu jaminan dikurangkan berikutan ahli keluarga hadir di mahkamah selain mempunyai gaji rendah bekerja sebagai tukang besi buruk.

Hakim Noor Hayati Mat membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sejumlah RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 27 September depan.

Akhbar pada 26 Julai lalu melaporkan, seorang bekas polis maut dibelasah dengan sekumpulan lelaki menggunakan batu-bata dan kerusi selepas menikmati minuman di restoran berkenaan.

Lelaki itu meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dimasukkan ke lebih 24 jam kerana mengalami kecederaan teruk di kepala.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved