Khamis, 8 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Lapan rumah terbakar

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lapan rumah terbakar SKUDAI - Seramai 24 penduduk daripada lapan keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan dihuni mereka di Kampung Batu 8 1/2 Skudai, di sini, sejak puluhan tahun lalu musnah dalam :kebakaran, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kebakaran yang dipercayai berpunca daripada salah sebuah daripada lapan rumah terbabit sebelum ia merebak ke rumah lain.

Mangsa, Goh Ah Moi, 63, berkata, dia menyedari kebakaran itu setelah dikejutkan anak dan dua cucu perempuan yang terjaga sebaik terhidu bau asap di ruang rumahnya.

"Saya tidak pasti sama ada kebakaran bermula daripada rumah saya atau sebaliknya. Saya hanya berlari keluar bersama anak dan cucu diikuti penghuni tujuh kediaman lain.

"Api marak dengan pantas dan kurang setengah jam kemudian, kesemua rumah sudah terbakar," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan kecemasan RM500 daripada Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng, MCA Gelang Patah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Seorang lagi mangsa, Loi Tek Foo, 56, berkata, ketika kejadian, isterinya, Sia Kui Fong, 56, terhidu bau asap sebelum mereka ke ruang depan rumah dan melihat api sedang membakar sebahagian dinding rumah mereka.

"Ketika itu, suasana amat mencemaskan dan kami hanya terfikir untuk menyelamatkan diri saja tanpa memikirkan perkara lain.

"Saya bukan saja :kehilangan tempat kediaman yang dihuni sejak lahir, malah turut kehilangan semua dokumen penting termasuk wang tunai RM1,000 yang saya simpan di rumah," katanya.

Sementara itu, Ketua Zon Johor Bahru, Penguasa Bomba dan Penyelamat, R Saiful Iswandy R Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Kami menerima panggilan kebakaran pada jam 3 pagi dan mengerahkan empat jentera bomba membabitkan dua dari Balai Bomba Johor Bahru dan masing-masing satu dari Balai Bomba Taman Universiti serta Kulai untuk ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, enam rumah sudah musnah terbakar dan api dapat dikawal setengah jam kemudian. Operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 9.45 pagi," katanya.

Menurut Saiful, punca sebenar kebakaran serta :taksiran kerugian masih dalam siasatan.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved