Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT Punca air keluarkan api
KUALA TERENGGANU - Penduduk di Kampung Padang Macang, Manir dan kawasan sekitarnya gempar, apabila kawasan tanah dikorek sedalam 10.8 meter, tiba-tiba mengeluarkan bunyi pelik, sebelum mengeluarkan api setelah penduduk mengujinya dengan meletakkan batang paip PVC dan dicucuh api.
|
Api itu dipercayai terhasil daripada gas yang berada di kawasan tanah dikorek oleh Ramli Ngah, 57, yang juga pengorek lubang. Menurutnya, dia memulakan kerja menggali telaga itu, setelah diarahkan tuan rumah untuk mencari punca air. Namun katanya, apabila sampai pada kedalaman itu, dia terdengar satu bunyi pelik, seolah-olah air sedang meletup-letup dari dalam tanah.: "Saya kemudiannya memasukkan sebatang paip PVC dan secara tiba-tiba terdengar seakan-akan bunyi gas," katanya. Menurutnya, dia cuba menyalakan api dengan menggunakan pemetik api di corong paip PVC dan ternyata, ia mampu menyalakan api, dan ia mengeluarkan sedikit bau seakan bau belerang. Penemuan itu, kemudiannya tersebar dalam kalangan penduduk kampung sehingga menarik perhatian mereka untuk melihat lebih dekat kejadian itu. Tinjauan mendapati, selain orang ramai, turut hadir ke lokasi, Polis Diraja Malaysia dan Petronas Wilayah Pantai Timur, Kuala Terengganu bagi melakukan tinjauan berhubung gas yang keluar dari lubang terbabit. Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Muda berkata, setakat ini, punca kejadian masih disiasat dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Geosains dan Mineral serta Jabatan Tanah dan Galian. Menurutnya, walaupun gas yang keluar itu tidak berbahaya kepada orang ramai, pihak berkuasa tetap mengambil langkah keselamatan dengan menutup tempat itu. Sementara itu, Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu mengesah kan gas itu, dikenali sebagai gas Methane, selepas pihaknya melakukan siasatan terhadap penemuan itu. |
Tinggallah di negara komunis: Dr M Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT Tinggallah di negara komunis: Dr M
MELAKA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyarankan mereka yang menyokong perjuangan komunis, supaya merasai sendiri bagaimana menjalani kehidupan di negara mengamalkan fahaman terbabit.
|
Sambil menyelar pandangan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menyatakan pengganas komunis wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong, Tun Mahathir berkata, kenyataan itu adalah berdasarkan nafsu semata-mata. Menurutnya, tiada siapa boleh mempertikaikan pihak bertanggungjawab memperjuangkan kemerdekaan seperti anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong. "Ketika itu, Mat Sabu pun belum ada, kalau ada pun, masih kecil sangat. "Cubalah tinggal di negara komunis. Kalau orang yang banyak cakap macam Mat Sabu sudah lama 'masuk dalam' (disumbat dalam penjara)," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Wacana Pemikiran di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini semalam. Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tun Mahathir berkata, rakyat di negara komunis tidak merasai kebebasan bersuara seperti di negara ini, malah fahaman terbabit juga jelas tidak percaya akan kewujudan tuhan. "Saya hairan bagaimana Pas boleh mengagung-agungkan perjuangan komunis. "Ketika zaman pejuang Chin Peng, pihak berkenaan hanya berjuang untuk menegakkan pemerintahan kuku besi seperti yang diamalkan negara berfahaman demikian, bukannya untuk kemerdekaan negara," katanya. |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan