SH |
Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT Muka hancur terseret di jalan
SUBANG JAYA – Seorang remaja maut dalam keadaan mengerikan apabila wajahnya terseret beberapa meter di kilometer 26.5 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) awal pagi, semalam. Dalam kejadian itu, K Kishendran, 19, yang menunggang motosikal dikatakan tercampak beberapa meter dari tempat duduk kenderaan ditunggangi menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, rakan mangsa yang membonceng di belakang, D Gantan, 21, pula mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Serdang sejurus selepas kejadian dilaporkan. "Kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 pagi ketika kedua-dua mangsa menaiki motosikal dari arah Pusat Bandar Puchong ke Putrajaya. "Motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain sebelum kedua-duanya tercampak ke atas jalan," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal mati serta-merta di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan teruk di bahagian muka, kepala dan kehilangan darah yang banyak. "Kita memerlukan kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya dapat berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Inspektor Mohammad Zul Helmi Khalid di talian 0378627222 untuk membantu siasatan. "Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan