SH |
Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT 100 orang jumpa MB
IPOH - Hari Bertemu Pelanggan bersama Menteri Besar kelmarin, dihadiri lebih 100 rakyat Perak yang ingin berjumpa dengan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi mereka.
"Kebanyakan orang ramai yang hadir majoriti mengetengahkan masalah yang biasa seperti melibatkan tanah, aspek bantuan dan kebajikan," kata Zambry. Menurutnya, beberapa agensi yang hadir turut membantu untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat secara bersama. "Bagaimanapun, rakyat harus faham bukan semua masalah yang mereka utarakan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat. Jadi, mereka perlu faham dan bersabar," katanya. Sementara itu, seorang individu yang ditemui, Tun Woke Wah, 57, berkata, kedatangannya bersama isteri Lee Weai Fong, 49, adalah untuk mendapatkan kelulusan pertukaran status tanah kediaman kepada perniagaan. "Ini adalah permohonan ketiga yang kami buat dan dua permohonan sebelumnya iaitu pada 1994 dan 2009 telah ditolak dengan alasan status tanah itu hanya untuk kediaman," katanya. Jelasnya, mereka telah menetap di kawasan perumahan dekat Pasir Pinji hampir 10 tahun dan berharap permohonan kali ini melalui bantuan Menteri Besar berjaya mendapat kelulusan. "Kami bercadang ingin menjadikannya sebagai tempat perniagaan barangan hardware jika diluluskan. "Pada kami ia tidak ada sebarang masalah kerana pihak yang berkenaan juga akan menerima cukai taksiran yang lebih tinggi berbanding sekarang," katanya. Malah katanya, jiran-jiran tetangga juga tidak membantah apabila mereka memaklumkan ingin menjalankan perniagaan di kawasan kediaman itu. "Jadi, kami harap supaya Menteri Besar dapat membantu menyelesaikan masalah yang kami hadapi ini sekali gus permohonan kali ketiga ini berjaya mendapat kelulusan," katanya. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan