Khamis, 8 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Masyarakat Siam Kelantan mohon stadium mini

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Masyarakat Siam Kelantan mohon stadium mini

PASIR MAS - Masyarakat Siam di Kelantan memohon agar Kementerian Belia dan Sukan membina sebuah stadium mini untuk mereka mengadakan aktiviti sukan.

Pengerusi Persatuan Wanita Siam Kelantan, KC Ngiam Eh Kuan berkata kos bagi membina stadium itu dianggarkan bernilai RM1.5 juta dan mencadangkan ia dibina di Kampung Teresek, Repek di sini.

"Lebih 30,000 masyarakat Siam di Kelantan memerlukan mini stadium kerana sudah sampai masanya kami mendapat mini stadium yang sangat besar ertinya kepada kami," katanya kepada pemberita pada majlis Perhimpunan Belia Beliawanis dan Pemimpin Masyarakat Siam Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek, Repek.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

KC Ngiam berkata dengan adanya stadium itu, bakat dari masyarakat Siam akan dapat dicungkil untuk menaikkan nama negara dala bidang sukan pada masa akan datang.

Ahmad Shabery yang ditanya mengenai permintaan itu berjanji akan memberi bantuan.

"Permohonan ini sangat adil kepada mereka kerana masyarakat ini juga banyak membantu dan menyokong usaha kerajaan dan saya berjanji akan mengajukan permohonan ini kepada peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Beliau yakin permohonan itu akan diluluskan dalam Rancangan Malaysia yang akan datang.

Pada masa yang sama, Ahmad Shabery meluluskan pembinaan sebuah gelanggang futsal kepada masyarakat minoriti itu yang akan dibina tidak lama lagi.

"Peruntukan ini adalah sebanyak RM150,000 dan ini sebagai tanda kita sangat prihatin kepada soal aktiviti sukan kepada masyarakat Siam yang telah banyak menyokong usaha kerajaan," katanya.

Beliau turut melawat lokasi tapak untuk pembinaan gelanggang futsal berkenaan yang terletak di dalam kawasan wat tersebut.- Bernama

Lelaki lari lintang-pukang dikejar pekerja gerai dipercayai mencuri bekalan ikan

Posted: 07 Sep 2011 05:00 PM PDT

Lelaki lari lintang-pukang dikejar pekerja gerai dipercayai mencuri bekalan ikan

JELAWAT – Seorang lelaki yang dipercayai cuba mencuri bekalan ikan dari sebuah stor ikan di sini, lari lintang pukang tanpa sempat melarikan ikan yang diisi dalam keretanya selepas dikejar pekerja gerai ikan terbabit awal pagi kelmarin.

Peniaga tersebut, Adnan Ariffin,43, berkata, kejadian disedarinya ketika melalui jalan Melawi- Jelawat menuju ke Tok Bali untuk mengambil bekalan ikan kira- kira jam 6 pagi kelmarin.

Menurutnya, ketika melalui depan gerainya, salah seorang pekerjanya terlihat lampu gerai mereka terpadam dan mereka berpatah balik untuk melihat lampu yang terpadam.

"Ketika itu memang kami sudah nampak sebuah kereta yang diletakkan di depan gerai, kami sangkakan ia kereta rosak yang ditinggalkan di depan gerai.

"Apabila kami keluar dari van menuju ke gerai, kami terlihat kelibat seorang lelaki yang keluar dari stor ikan dan terjun ke dalam semak melarikan diri. Kami cuba mengejar tetapi gagal mengesannya memandangkan cuaca masih gelap dan dia lari dalam semak," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved