SH |
Posted: 17 Oct 2011 05:00 PM PDT 2011 tahun terbaik Terengganu
KUALA TERENGGANU – Tahun 2011 dilihat sebagai detik terbaik buat pasukan Terengganu membawa pulang Piala Malaysia selepas kali terakhir piala paling berprestij di negara itu singgah di bumi Penyu 10 tahun lalu.
Pengurus pasukan bola sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh, dalam nada optimis mengakui, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu berada di kemuncak kejayaan dan pemburuan untuk membawa pulang Piala Malaysia musim ini bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai. "Pertama kita bersyukur, percaturan dan susunan pemain yang dibuat berjaya ke peringkat separuh akhir dan berdasarkan persiapan serta semangat yang ditunjukkan barisan pemain, kita mampu membuat kejutan dalam pertemuan dengan Selangor malam esok (malam ini). "Bagaimanapun, kita perlu mengakui bahawa untuk meraih kemenangan di Shah Alam malam esok (malam ini) bukan sesuatu yang mudah, tetapi kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan tempat pada peringkat akhir menjadi milik kita," katanya. Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, sokongan padu penyokong dan Kerajaan Negeri yang diberikan selama ini akan dibalas dengan cara membawa pulang piala paling berprestij itu ke Terengganu. Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan akan bertemu rakan senegeri iaitu pasukan berstatus kelab, T-Team dalam perlawanan akhir, beliau enggan memikirkan perkara itu, sebaliknya akan memastikan misi melepasi separuh akhir diselesaikan terlebih dahulu. "Secara peribadi, kita bernasib baik kerana tidak bertemu T-Team pada peringkat separuh akhir dan jika ditakdirkan kita (Terengganu) akan berentap di perlawanan akhir sesama sendiri (T-Team) ia adalah soal lain," katanya. Rozi yakin T-Team cipta kemenangan SEMENTARA itu, pengurus pasukan T-Team, Rozi Mamat, meletakkan harapan tinggi agar barisan anak buah Yunus Alif mampu memberi komitmen dan tumpuan penuh sepanjang berlangsungnya perlawanan menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam ini. Katanya, meskipun berdasarkan rekod sebelum ini, T-Team pernah tewas kepada pasukan Negeri Sembilan, namun dengan tahap kemampuan dan aksi yang terbaik pada masa ini, ia bukan masalah besar untuk pasukan berstatus kelab itu memberi saingan. "Bagaimanapun, kita harus mengakui bahawa Negeri Sembilan adalah pasukan yang kuat, ditambah dengan barisan pemain handal, namun ia bukan tekanan yang besar kerana kita juga mempunyai pemain yang berpengalaman. "Malah, kita yakin sekiranya semua pemain menggunakan peluang dan kelebihan beraksi di laman sendiri, bukan sesuatu yang sukar untuk mencipta kemenangan," katanya. Katanya, kejayaan T-Team melangkah ke peringkat separuh akhir juga dianggap membuka laluan mudah untuk beraksi pada peringkat akhir, namun segalanya terletak pada kesungguhan dan kemampuan barisan pemain untuk merealisasikan perkara itu. Tekanan lebih dirasai di laman sendiri
Ketua Jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, tekanan akan lebih dirasai apabila bermain dalam perlawanan timbal balik dan pemain harus memastikan bekalan selesa akan dibawa agar hasrat melangkah ke peringkat akhir cabaran Piala Malaysia musim ini akan tercapai. Menurut Yunus, secara peribadi, beliau gembira dengan perse:mbahan barisan anak buahnya dan rekod kedua-dua perlawanan ketika bertemu skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah ini mencatatkan kekalahan, namun itu tidak bererti mereka akan mengalah lebih awal. "Walaupun dalam perlawa-nan sebelum ini kita kalah, namun ia tidak jadi masalah, kini semua pemain bertekad untuk bermain habis-habisan bagi memastikan T-Team meraih kemenangan. "Selain itu, dengan sikap matang yang ditunjukkan semua pemain, kita yakin keazaman mengalahkan pasukan Negeri Sembilan bukan sesuatu yang mustahil," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan