Sabtu, 3 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Cari dua beradik

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Cari dua beradik KUANTAN - Polis mencari dua lelaki yang dipercayai adik-beradik bagi membantu siasatan berkaitan kes kecurian lembu di Kampung Tanjung Putus, Bukit Rangin dekat sini.

Lelaki terbabit, Mustakim Mat Yacob, 44, yang beralamat Lot 855C Kampung Bugis, Beserah dan Suhaimi Mat Yacob, 47, yang beralamat Kampung Cherang Hangus Bekelam Bachok.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superintenden Kamaruzzaman Jaafar, berkata, lelaki terbabit dipercayai boleh membantu siasatan berkenaan kes kecurian yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Katanya, ketika kejadian, seorang lelaki berusia 25 tahun sedang menghalau lembu peliharaannya masuk ke kandang.

"Tiba-tiba dia terdengar satu das tembakan dan pada masa sama terlihat seekor daripada lembunya rebah," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di IPD, semalam.

Ketika itu juga katanya, dia terlihat dua kereta dipandu laju dan lelaki terbabit cuba mengejar satu daripada kereta itu.

Bagaimanapun, salah satu kereta jenis Proton Satria tiba-tiba mengalami kerosakan dan terbabas lalu masuk ke dalam longkang namun pemandu dan penumpangnya berjaya melarikan diri.

"Hasil siasatan polis mendapati dua ekor lembu mati ditembak dan harga keseluruhan kira-kira RM2,800. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang awam yang mengenali lelaki terbabit diminta menghubungi IPD Kuantan melalui talian 09-5132222 atau Asisten Superintendan Muniandy di talian 013-4477320 dan Sarjan Rashid di talian 017-9790705

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved