Sabtu, 3 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Angkasa penuh sampah sarap

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Angkasa penuh sampah sarap

WASHINGTON - Jumlah sampah sarap yang mengelilingi Bumi kini mencapai tahap membimbangkan, dengan pelanggaran berterusan menebalkan lagi lapisan sampah yang menutupi atmosfera Bumi, menurut laporan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa).

Kehadiran sampah sarap itu menyukarkan kapal angkasa meninggalkan Bumi dan memberikan risiko berbahaya kepada angkasawan, satelit dan Stesen Angkasa Antarabangsa.

"Kita telah hilang kawalan terhadap alam sekitar," menurut bekas saintis Nasa, Donald Kessler yang menulis laporan itu mengenai keadaan orbit itu.

Terdapat 22,000 objek di orbit Bumi yang cukup besar untuk dikesan pegawai Nasa dan ratusan ribu objek kecil yang tidak dapat dikesan dan mampu menjejaskan kapal angkasa serta satelit berharga.

Menurut anggaran, terdapat 370,000 sampah angkasa yang terapung di orbit Bumi dan bergerak pada kelajuan 35,398 kilometer sejam.

Beberapa cara dicadangkan saintis untuk membersihkan angkasa termasuk menggunakan jaring, magnet dan alat berbentuk payung bagi mengaut semua sampah sarap bersaiz kecil.

Walnut kurangkan risiko barah payudara

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Walnut kurangkan risiko barah payudara

LONDON - Kajian terbaru terhadap tikus menunjukkan kemungkinan untuk mendapat barah payudara menurun dengan banyak selepas pengambi-lan kacang walnut.

Menurut laporan kajian diterbitkan di dalam jurnal Nutrisi dan Barah itu, tikus yang diberikan walnut sebagai sebahagian daripada diet harian mempunyai risiko 50 peratus lebih rendah untuk mendapat barah payudara.

Selain itu, jumlah dan saiz tumor yang ditemui dalam pemakan walnut juga jauh lebih kecil.

"Kami percaya kajian ini menunjukkan manusia mampu mengurangkan risiko barah melalui pemakanan walaupun individu itu telah mengalami mutasi genetik yang boleh menjadi penyebab barah," kata ketua penyelidik, Elaine Hardman.

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved