Sabtu, 3 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

12 kemalangan dalam tempoh 10 hari Ops Sikap

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan 12 kematian membabitkan 12 kes kemalangan maut dalam tempoh 10 hari sejak Ops Sikap ke-24 dilancarkan pada 23 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Alias Hashim berkata, pengguna motosikal merupakan mangsa paling ramai yang terkorban iaitu enam orang.

"Ia diikuti dengan pemandu dan penumpang kereta iaitu empat orang manakala pejalan kaki pula seramai dua orang," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Alias, kemalangan maut terbaru berlaku jam 7.55 pagi semalam di Kilometer 152 Jalan Jerangau-Jabor membabitkan seorang lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun.

Beliau berkata, mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala akibat dirempuh sebuah kereta ketika ingin melintas jalan.

Pada masa sama, Alias mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan menekankan aspek keselamatan ketika memandu bagi mengelak berlakunya musibah.

"Sekarang kenderaan di jalan bertambah, oleh itu kita perlu sentiasa waspada, memandu dalam keadaan tenang, sabar dan patuh kepada peraturan, jangan melulu dan terburu-buru," katanya.

Selain itu, beliau turut meminta ibu bapa mengawal pergerakan anak masing-masing dan tidak membenarkan mereka memandu kenderaan khususnya motosikal sekiranya tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, kawalan ibu bapa penting memandangkan pengguna jalan raya merupakan mangsa paling ramai yang terkorban dalam kemalangan.

"Terutama mereka yang tinggal di luar bandar dan pinggir bandar, pastikan juga pengguna motosikal memakai topi keledar kerana hampir keseluru-han mangsa terkorban tidak memakainya," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved