SH |
Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT Ada yang tersinggung
ULU KINTA – Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu disifatkan hanya untuk meneruskan perjuangan politik partinya dengan meletakkan pengganas komunis sebagai hero.
Ketua Wanita Umno Perak, Datuk Rusnah Kassim berkata, pemimpin Pas itu tidak mengenal erti tanggungjawab sebagai pemimpin serta tindakannya mengguris perasaan masyarakat. "Pemimpin dan tanggungjawab tidak boleh dipisahkan. Rasa tidak bertanggungjawab itulah yang menyebabkan rakyat marah. Anggota seperti Vat 69 telah menyumbang tenaga lebih 40 tahun untuk negara. "Dan mereka ini disifatkan bukan pejuang. Jangan singgung orang yang telah berbudi dan berjasa terhadap keamanan negara kita kini," katanya di majlis bersama bekas polis, tentera dan balu anggota polis di Rancangan Perumahan Awam di sini, semalam. Menurutnya, kenyataan itu juga seolah-olah menggambarkan perjuangan anggota polis untuk mempertahankan negara sebagai suatu tindakan yang sia-sia. "Saya sebagai anak polis rasa tersinggung dengan kenyataan itu. Ayah saya hampir maut menjaga keamanan negara, adakah ia satu perbuatan yang sia-sia? Walaupun negara Merdeka pada tahun 1957, kenapa masih menentang kerajaan merdeka ini sehingga tahun 1979 di mana komunis letak senjata?. "Lebih 30 bekas askar, polis dan balu anggota polis yang berada di sini berasa marah, sedih dan kecewa kerana adanya seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu," katanya. Sementara itu di Ipoh, Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak menggesa Mat Sabu dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Setiausahanya, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, Mat Sabu disifatkan sebagai pengkhianat negara dengan memutar-belitkan fakta sejarah. "Kami mendesak Mat Sabu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia khasnya keluarga mangsa kekejaman komunis. "Saya juga menyerahkan kepada pucuk pimpinan kami untuk ambil tindakan undang-undang terhadap kenyataannya yang meletakkan Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan pejuang untuk menuntut kemerdekaan," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini, semalam. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan