Sabtu, 3 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tiga kedai hangus

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tiga kedai hangus KOTA BHARU-Tiga peniaga terkejut dari lena apabila pintu kediaman mereka diketuk oleh penduduk kampung selepas menyedari premis masing-masing hangus dalam kebakaran pagi semalam.

Dalam kejadian di Simpang Tiga Kedai Buloh, kira-kira jam 5.45 pagi itu, dua premis perniagaan musnah iaitu melibatkan sebuah kedai menjual akhbar, satu premis jualan makanan burung dan ternakan, manakala kedai jualan perkakasan yang berdekatan juga hangus sebahagiannya.

Dalam masa sama, seramai 21 penghuni dua rumah menarik nafas lega apabila terselamat kerana hanya sedikit bahagian rumah mereka yang berada berdekatan lokasi kebakaran disambar api.

Anggaran kerugian yang melibatkan ketiga-tiga peniaga berkenaan adalah kira-kira RM100,000 kerana kebanyakan barangan tidak dapat diselamatkan disebabkan api marak dengan cepat.

Bagaimanapun, tindakan pantas bomba juga dapat menyelamatkan beberapa premis kediaman dan kedai berdekatan dengan anggaran bernilai RM200,000.

Seorang mangsa, Azhar Awang yang juga peniaga makanan haiwan berkata, dia hampir pengsan setelah melihat api besar di kedainya selepas dikejutkan oleh penduduk.

"Setelah pintu rumah diketuk oleh penduduk saya menjenguk dari jendela dan mendapati keseluruhan kedai saya musnah.

"Saya juga sedih kerana lebih 100 burung termasuk arnab dan ayam yang diletakkan di kedai juga tidak dapat diselamatkan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Peniaga perkakasan binaan, Mahadi Mohd Yusof berkata, ketika kejadian dia tidur di rumahnya yang berada kira-kira 200 meter dari tempat kejadian dan terkejut setelah pintu kediamannya diketuk oleh penjual daging di kawasan tersebut.

"Pada mulanya saya ingatkan peniaga ingin meminjam van untuk mengambil daging lembu, tetapi saya terperanjat selepas diberitahu kedai saya terbakar.

"Setelah bergegas ke lokasi kejadian saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana api sangat besar dan hampir kesemua kedai berdekatan premis jualan hangus," katanya.

Bersimpati dengan kejadian itu, Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar menyampaikan sumbangan bernilai RM500 kepada setiap mangsa semalam.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ali Abdul Rahman berkata, seramai 19 anggota bersama empat jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 6.06 pagi semalam dan punca kejadian masih disiasat.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved