Sabtu, 3 September 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Jenazah Noramfaizul akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UPM esok

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Jenazah Noramfaizul akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam UPM esok

KUALA LUMPUR - Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini, esok.

Naib Presiden Kelab Putera 1Malaysia Rahman Rahim, yang mewakili keluarga arwah, berkata jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor, bergantung kepada keadaan.

Beliau berkata sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, jenazah akan dimandi, dikapan dan disolatkan di Masjid TUDM sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya.

Rahman memberitahu permberita jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Islah berhampiran rumah ibu bapa Allahyarham untuk disolatkan.

Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat C-130 TUDM bersama anggota misi lain, dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM kira-kira 9 pagi Ahad.

"Segala urusan daripada segi pengangkutan disediakan oleh pihak kami (Kelab Putera 1Malaysia) kepada kaum keluarga arwah, bermula di Subang sehingga disemadikan," kata Rahman.

Noramfaizul, 39, meninggalkan isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki -- Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Kejadian 5.40 petang waktu tempatan (pukul 10.40 waktu Malaysia), menyaksikan kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Noramfaizul dan petugas media Malaysia lain, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

Allahyarham Noramfaizul merupakan sebahagian daripada 55 anggota sukarelawan yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.- Bernama

Penunggang motosikal maut sirempuh bas

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Penunggang motosikal maut sirempuh bas

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal maut akibat dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Ubi di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mangsa, Hoi Chien Teck, 34, dari Kampung Sungai Soi, di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas terperosok di bawah bas itu.

Sebelum kejadian, lelaki itu dipercayai baru sahaja selesai membaiki motosikalnya di sebuah bengkel berhampiran tempat kejadian sebelum menghala ke Jalan Gambut di sini.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata mangsa kemudian cuba melintas jalan dengan motosikalnya tanpa menyedari kehadiran bas yang sedang dalam perjalanan dari Maran ke Terminal Makmur itu.

Mohd Jasmani berkata pemandu dan penumpang bas seramai 20 orang berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sudah merekodkan keterangan pemandu berusia 59 tahun itu untuk membantu siasatan.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved