Sabtu, 3 September 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Tunggu apa lagi?

Posted: 02 Sep 2011 05:00 PM PDT

Tunggu apa lagi? GEORGETOWN- Kira-kira 30 penduduk menuntut jawapan dari Kerajaan Negeri mengapa mereka masih tidak diberikan kelulusan ke atas permohonan mereka terhadap pembelian rumah kos rendah dekat sini.

Difahamkan, mereka berang berikutan tindakan membiarkan 348 unit rumah kos sederhana di pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum daripada diduduki oleh pemohon yang ingin membeli rumah berkenaan.

Penyelaras Dewan Undangan Pengkalan Kota, Loke Poh Chye berkata, tindakan itu menyebabkan rumah kosong berkenaan dijadikan sarang maksiat serta tempat penagih dadah menjalankan aktiviti haram sehingga menyebabkan penduduk di situ berasa kurang selesa.

"Ini kerana kita mendapati pelbagai jarum, kondom dan sampah-sarap berselerak di merata-rata tempat. Walaupun pangsapuri ini siap sepenuhnya tiga tahun lalu, namun masih ada rumah yang dibiarkan kosong tanpa pembeli sehingga kini. Ia bukan sahaja berkeadaan teruk tetapi juga berbau busuk kerana terdapat kesan-kesan air kencing di merata-rata tempat," katanya kepada media semalam.

Poh Chye berkata, beliau dan penolongnya mengambil inisiatif meninjau setiap tingkat di pangsapuri itu bagi mengenal pasti jumlah unit kosong yang sebenarnya dan mengenal pasti ada 348 unit yang masih belum berpenghuni.

"Oleh itu saya mendesak Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera supaya impian golongan yang masih tidak memiliki rumah dapat dicapai dan tempat berkenaan juga akan menjadi lebih selamat, berikutan tiada lagi kegiatan haram berlaku di situ," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved