SH |
Terpaksa guna air kolam renang Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT Terpaksa guna air kolam renang
SELAYANG – Setiap kali pemotongan air berlaku di Fasa 2, Apartmen Taman Sri Murni, di sini, kolam renang perumahan yang mempunyai 612 unit itu akan menjadi alternatif penduduk di situ untuk mengambil air.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Sehingga semalam, sekali lagi air kolam yang ada terpaksa digunakan penduduk setelah bekalan air dipotong Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sejak 4 petang kelmarin. Penduduk, Norisham Abu, 46, berkata, ketiadaan air berlaku hampir setiap bulan, memaksa penduduk untuk mengambil air dari kolam terbabit apabila bil air tidak dijelaskan kepada Syabas. "Kita harap Badan Pengurusan Bersama (JMB) sementara segera diganti dengan JMB sah supaya memudahkan semua penyelenggaraan dan pengurusan termasuk air di perumahan ini. "Buat masa ini, jika timbul masalah bekalan air dipotong, barulah bil akan dijelaskan oleh badan berkenaan," katanya semasa lawatan Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Lau Hoi Keong. Ahli Jawatankuasa Bertindak Taman Sri Murni Fasa 2, CH Low, 55, berkata, tahun ini kira-kira empat kali mengalami pemotongan bekalan air dengan kali terakhir selama empat hari pada Mei lalu. "Kita terpaksa simpan stok air di rumah. Biasanya apabila tiada air untuk satu hari saya terpaksa membeli 10 tong air setiap satu 18 liter. Bayangkan untuk satu tong harganya adalah RM8," katanya. Terdahulu daripada notis pihak Syabas ditampal di pintu masuk lif perumahan itu, difahamkan bil tunggakan air Fasa dua adalah berjumlah kira-kira RM40,000. Sementara itu, Hoi Keong ketika mengulas isu timbul memberitahu punca utama masalah kerana tiadanya penubuhan JMB sah yang sepatutnya sudah diwujudkan lebih awal. Menurutnya, hari ini akan diadakan Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) membabitkan bukan sahaja Fasa 2, tetapi Fasa 1 dan 3 Taman Sri Murni yang terletak dalam satu strata title untuk dibincangkan. "Walaupun ada usaha menghalang mesyuarat ini, tetapi kita harap semua dapat hadir dalam perbincangan ini di mana surat panggilan dikeluarkan Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bagi pihak Pesuruhjaya Bangunan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya. Hoi Keong berkata, EGM berkenaan akan diadakan di dewan Sekolah Rendah Taman Sri Murni, bermula jam 9 pagi ini. |
Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT Terpaksa guna air kolam renang

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan