Ahad, 17 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Pembangkang tolak apa jua pembaharuan oleh kerajaan

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pembangkang tolak apa jua pembaharuan oleh kerajaan

TUARAN - Sudah menjadi lumrah pembangkang untuk tidak menerima apa jua pembaharuan yang diperkenalkan kerajaan kerana mereka tidak mahu negara maju di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Mengulas tindakan pembangkang menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang, Noh, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata, sebelum ini pun pihak berkenaan menentang banyak idea-idea pembangunan, yang kini semuanya sudah menjadi kejayaan.

"Mana ada pembangkang yang boleh terima apa jua pembaharuan oleh kerajaan BN? Masa kita mahu buat jambatan Pulau Pinang dulu, pembangkang cakap tidak perlu, pembaziran, tapi sekarang kita lihat satu jambatan itu pun tak cukup.

"Kesimpulannya, kalau kita mahu dengar cakap pembangkang, kita tak akan maju, kita akan ketinggalan zaman," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Kompleks Pemasaran FAMA Sabah di Telipok dekat sini, hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemungut madu lebah cedera parah jatuh pokok

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Pemungut madu lebah cedera parah jatuh pokok

MARANG - Seorang pemungut madu lebah cedera parah apabila terjatuh dari pokok yang dipanjatnya untuk mengambil madu di Kampung Kelubi, Tok Fakir, Merchang di sini petang semalam.

Mangsa Khairul Mat Tahir, 24, dari Kampung Pasir Puteh, Merchang, cedera parah di bahagian pinggang setelah terjatuh pada ketinggian 35 kaki dari pokok yang dipanjatnya kira-kira pukul 1 petang semalam.

"Mangsa dikatakan ingin mengambil madu lebah yang bersarang di atas pokok akasia magium setinggi 40 kaki.

"Bagaimanapun difahamkan beliau kehabisan tenaga ketika sampai di ketinggian 35 kaki, lalu jatuh mengelongsor mengikut batang pokok berkenaan," kata Pengerusi Koperasi Madu Lebah Terengganu Bhd (Kopemat) Ibrahim Ismail kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya pasukan Bomba dan Penyelamat yang dihuhungi mengambil masa yang agak lama untuk sampai di tempat kejadian kerana tidak dapat mengesan lokasi mangsa jatuh.

Manakala rakannya tidak berani keluar meminta pertolongan kerana bimbangkan mangsa bersendirian di kawasan itu.

Beliau berkata, mangsa berjaya diselamatkan kira-kira pukul 4 petang serta dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk mendapat rawatan.

Sementara itu Ibrahim menasihatkan pemungut madu lebah lebih mengutamakan keselamatan.

"Kita harap pemungut madu lebah lebih berhati-hati ketika memanjat pokok yang tinggi.

"Kalau boleh mereka hendaklah menggunakan alat GPS iaitu alat mengesan lokasi supaya senang dikesan oleh pihak keselamatan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Katanya ketika ini kawasan berkenaan menjadi tarikan lebah untuk bersarang kerana terdapat bunga-bunga akasia mangium serta bunga pokok-pokok gelang tumbuh meliar di kawasan berkenaan. Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved