Ahad, 17 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tercampak masuk sungai

Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT

Tercampak masuk sungai BUKIT TINGGI - Seorang remaja maut dalam kemalangan di Kilometer 42.7, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, kira-kira jam 11.50 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Firdaus Saidin, 20, beralamat di Felda Ulu Jempol, Bandar Jengka.

Menurutnya, mangsa yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara (Uitm) Sri Iskandar menunggang motosikal jenis RXZ seorang diri dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bandar Jengka.

"Setibanya di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas ke kiri jalan dan kemudiannya melanggar tembok batu.

"Selepas itu, mangsa tercampak ke dalam sungai iaitu 15 meter dari aras bumi," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Mansor berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved