Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT Fitnah polis perbuatan biadap
SEREMBAN - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang se-ngaja memfitnah dan memburukkan polis supaya orang ramai hilang keyakinan terhadap pasukan itu.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Beliau berkata, perbuatan berbentuk hasutan itu harus dihentikan segera kerana dianggap biadap dan boleh menjejaskan nama baik negara. "Pada perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu, pihak polis cuma melaksanakan tanggungjawab dalam menguat kuasakan undang-undang. "Namun, masih ada yang memfitnah pihak polis. Jika mereka tetap meneruskannya, kita akan ambil tindakan lebih-lebih lagi kepada yang melampau," katanya. Hadir sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Timbalannya, Datuk Abd Manan Mhd Hassan. Berikutan itu, Khalid berkata, orang ramai diminta agar tidak terpengaruh dakyah dan fitnah pihak yang ingin mencemarkan nama baik polis. "Mereka ingin rakyat percaya polis bertindak zalim dan ganas sedangkan kehadiran kami untuk memberi perlindungan," katanya. Berhubung dakwaan Bersih akan mengadakan perhimpunan lagi, beliau berkata, penganjur perlu menghantar permohonan mengikut cara yang betul. Menurutnya, kelulusan boleh dipertimbangkan sekiranya perhimpunan dibuat mengikut landasan undang-undang dan proses yang betul. |
100 laporan polis desak enam dibebaskan Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT 100 laporan polis desak enam dibebaskan
PETALING JAYA – Lebih 100 laporan polis dibuat seluruh negara semalam bagi mendesak pembebasan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan dibawah Ordinan Darurat (EO) sejak dua minggu lalu.
|
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim berkata, kesemua laporan itu dibuat oleh badan bukan kerajaan (NGO), cawangan PSM dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) di setiap negeri. Menurutnya, laporan dibuat terhadap tiga individu iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar. "Paling merisaukan kami ialah kesihatan Dr Jeyakumar Devaraj kini di tahap membimbangkan kerana terpaksa dihantar dua kali ke hospital ke-rana serangan jantung sejak ditahan 25 Jun lalu," katanya. Hadir sama, Pengerusi PRM, Dr Rohana Ariffin. "Kami berharap semua tahanan terbabit dapat dibebaskan atau setidaknya didakwa di mahkamah jika polis mempunyai bukti mereka telah melakukan kesalahan," katanya. : |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan