SH |
Posted: 16 Jul 2011 05:00 PM PDT Jauza Kamilia perlu bantuan
CHANGKAT JERING – Keadaan anak yang mengalami jangkitan kuman pada otak dan dalam masa yang sama terpaksa keluar daripada rumah sewa, membuatkan kehidupan Rohana Sarip, 23 sekeluarga ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Rohana berkata, anak sulungnya, Jauza Kamilia Nurul Anuar, 8, kini terlantar di rumah akibat penyakit berkenaan dan satu kos yang besar diperlukan untuk menguruskan keadaannya. Menurutnya, kos berkenaan adalah termasuk bekalan susu serta lampin pakai buang, bagaimanapun tidak termasuk kos untuk tiub saluran makanan yang perlu dipakai anaknya itu. "Jauza Kamilia hanya sempat bersekolah selama tujuh bulan sahaja dalam tahun satu sebelum diserang demam panas dan sawan tarik ketika itu. "Serangan sawan tarik itu berlaku setiap tiga minit dan akibatnya, Jauza Kamilia terpaksa dimasukkan ke Wad Rawatan Kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya kepada Sinar Harian. Menurut Rohana, dia telah dimaklumkan doktor yang merawat Jauza Kamilia, bahawa anaknya sudah tiada harapan untuk pilih seperti sediakala. Rohana dan suaminya, Nurul Anuar Nordin, 42, bagaimanapun enggan berputus asa dan terus berusaha membawa Jauza Kamilia ke HRPB untuk pembedahan menanam tiub kekal dalam badan bagi membuang air dalam otak. "Selepas sebulan menjalani pembedahan itu, keadaan Jauza Kamilia telah mula menunjukkan sedikit perubahan apabila dia telah dapat menggerakkan badan dalam keadaan terlantar, namun masih belum dapat bercakap. "Jauza Kamilia perlu dibantu sepenuhnya untuk segala keperluannya dan dia akan membunyikan suara atau menendang katil jika memerlukan sesuatu," kata Rohana. Katanya, keadaan itu juga menyebabkan Nurul Anuar terpaksa bekerja sendiri bagi membolehkan dia meluangkan lebih masa menjaga Jauza Kamilia. "Buat masa ini Jauza Kamilia menerima wang bantuan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selain sedikit bantuan daripada Baitulmal, namun tidak mencukupi untuk menanggung kos susu dan lampin pakai buang yang sememangnya diperlukannya. "Kini semua wang yang ada terpaksa ditumpukan kepada Jauza Kamilia yang lebih memerlukan, namun kami bernasib baik kerana sempat juga mengumpul wang bagi deposit rumah baru nanti," katanya. Menurut Rohana, agak malang apabila anak keduanya tidak dapat mengikuti pembelajaran peringkat pra-sekolah akibat kekangan kewangan yang melanda keluarga itu. Bagi mana-mana pihak atau individu yang ingin membantu Jauza Kamilia, boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Rohana bernombor 08247-29-00000773-8. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan