Rabu, 5 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Jangan cabar mencabar

Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT

Jangan cabar mencabar IPOH – Kerjasama dalam parti komponen dapat membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 walaupun mempunyai masalah dalaman parti masing-masing.

Pengerusi Perhubungan BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perbezaan pandangan menjadi lumrah dalam politik, namun diingatkan supaya tidak memberi impak negatif pada parti berkenaan.

"Saya tidak mahu terjebak dalam masalah dalaman parti komponen kerana yang paling penting semua pihak bersama menghadapi pilihan raya akan datang.

"Jangan sampai bawa cabar mencabar. Semuanya mencari jalan yang terbaik, jadi tidak timbul soal Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bertanding di kawasan Ipoh Timur atau Ipoh Barat," katanya ketika mengulas kenyataan Soi Lek bahawa beliau calon boleh menang di sini, semalam.

Dalam masa sama, Zambry berkata, BN akan mengena lpasti 'kawasan hitam' yang berpotensi untuk dimenangi di negeri ini.

"Saya percaya BN akan memenangi kerusi kawasan berkenaan bergantung kepada strategi dan kerjasama dari semua parti komponen. Kita perlu melihat dan menilai kawasan ini dengan lebih dekat.

"MCA Perak antara yang aktif kendalikan program dan berdasarkan gerak kerja, mereka dapat kembalikan sokongan rakyat di kawasan tradisi termasuk kawasan berpotensi untuk menang," katanya.

Zambry berkata, BN mempunyai penilaian kawasan yang boleh memenanginya dalam formula pertukaran kerusi dengan komponen parti BN.

"Komponen perlukan pengubahsuaian. Saya anggap itu satu pandangan yang cukup baik dan itulah formula kita bincangkan. Penilaian akan kita teruskan dari semasa ke semasa," katanya.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved