Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Polis minta bantuan orang awam jejaki Geng Sethu Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT Polis minta bantuan orang awam jejaki Geng Sethu BUKIT BERUANG - Bantuan orang ramai diperlukan bagi membantu polis Melaka mengesan dua lelaki, dipercayai terlibat dalam beberapa siri kes samun di negeri ini. Kedua-dua mereka adalah saki baki anggota kumpulan samun paling dikehendaki polis iaitu Geng Sethu yang berjaya ditumpaskan polis awal September lalu. Dalam operasi berkenaan, enam ahli kumpulan itu berjaya diberkas dan polis juga turut merampas barang kes, dipercayai hasil samun kumpulan terbabit. Dua lelaki terbabit adalah Aiman Mazlan @ Aiman, 22, dengan alamat terakhir di 7/1C, Lorong Panjang dan G Puvaneswaran @ Kugan, 23, beralamat terakhir di DT 275, Jalan Ros, Taman Mekar Gangsa, Durian Tunggal. - SH MNS/M Jeffri Razali |
Kerajaan Terengganu biayai kos pembedahan kembar Siam Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT Kerajaan Terengganu biayai kos pembedahan kembar Siam KUALA TERENGGANU. - Kerajaan negeri Terengganu akan membiayai kos pembedahan untuk memisahkan kembar Siam yang bercantum di bahagian dada, Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie, sekiranya doktor memutuskan ia selamat dilakukan. Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri kini menunggu keputusan yang dibuat doktor berhubung pasangan kembar yang dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 22 September lepas. "Kalau keluarga kurang kemampuan, kita sebagai kerajaan yang prihatin pada rakyat kita bantulah. Cuma kita tak mahu sampai merayu kepada orang ramai minta sumbangan untuk pembedahan, kita sebagai kerajaan yang prihatin, kita akan bantu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan