SH |
Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT Balasan anak derhaka
KUALA TERENGGANU - Balasan anak derhaka! Seorang anak yang sanggup mengugut hendak membunuh ibu kandungnya dengan sebilah pisau pada 10 Ogos lalu menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
|
Majistret Noradila Ab Latif menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Zakaria Awang, 36, dari Jalan Cempaka 11, Tapak Perpindahan Tok Adis, Kuala Terengganu selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Berdasarkan fakta kes, tertuduh pada 10 Ogos lalu kira-kira jam 3 petang bertempat di hadapan sebuah rumah beralamat Lot 688 K, Jalan Cempaka 11, Tapak Perpindahan Tok Adis, Kuala Terengganu dengan sengaja telah menakutkan secara jenayah ke atas ibunya, Saadiah Salleh, 66, dengan mengacukan sebilah pisau sepanjang 28 sentimeter. Ketika kejadian, mangsa sedang menonton televisyen di ruang tamu dan tertuduh telah datang dari arah dapur sambil memegang satu tin kecil yang disyaki gam serta sebilah pisau. Tertuduh mengacukan pisau ke arah mangsa dan mengugut hendak membunuhnya kerana katanya, mangsa ada buat jahat pada dirinya. Bagaimanapun, mangsa memujuk tertuduh dan tidak lama kemudian, tertuduh melepaskan pisau tersebut lalu tanpa membuang masa, mangsa terus melarikan diri masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik dari dalam. Selepas itu, mangsa menjerit meminta bantuan dari jiran dan selepas mengetahui hal sebenar, jirannya terus menghubungi pihak polis. Tidak lama kemudian, kereta peronda polis datang ke rumah terbabit dan tertuduh ditangkap untuk disoal siasat. Dengan itu, jika didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan