Rabu, 5 Oktober 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Atasi kesesakan Seksyen 7

Posted: 04 Oct 2011 05:00 PM PDT

Atasi kesesakan Seksyen 7 SHAH ALAM - Masalah kesesakan di Seksyen 7, di sini dijangka selesai, apabila projek pembinaan persimpangan bertingkat yang menghubungkan Lebuhraya Persekutuan dengan kawasan pembangunan di seksyen itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek sepanjang dua kilometer bernilai kira-kira RM58 juta itu, akan memberikan impak positif kepada pertumbuhan serta sosial ekonomi penduduk setempat di kawasan berkenaan.

Menurutnya, projek yang akan dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu, dijangka mampu meningkatkan daya saing anak syarikat Kerajaan Negeri, dalam sektor pembinaan dan pembangunan di negara ini.

"Kerajaan Negeri melihat, kelulusan perancangan pembangunan di masa hadapan, boleh dilaksanakan setelah mengambil kira kemudahan jalan keluar masuk kenderaan di kawasan terbabit.

"Oleh yang demikian kita telah mengambil keputusan untuk meluluskan projek pembinaan persimpangan bertingkat ini untuk kemudahan semua pihak," katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau sebelum itu, merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Persimpangan Bertingkat, yang berlangsung di I-City Walk, di sini.

Turut hadir, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liew dan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar serta Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Abdul Khalid berkata PKNS selaku pengurus projek akan menyumbang keseluruhan kos pembinaan bersama sembilan syarikat swasta dan pemaju seperti I-City Properties Sdn Bhd (I-City) dan IJM Properties.

"PKNS kini dalam proses memanggil kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dan berkeupayaan untuk tujuan mengambil bahagian dalam tender pra kelayakan kontraktor.

"Tindakan ini adalah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pembinaan persimpangan ini dari awal sehingga siap sepenuhnya," katanya.

Cadangan pembinaan projek ini telah diluluskan secara dasar oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 10 Jun 2008, dan dijangka pembinaan ini dapat mengurangkan purata 2,000 kenderaan yang melalui Seksyen 7 untuk ke kawasan tarikan seperti I-City.

Difahamkan projek ini juga mampu meningkatkan harga tanah di sekitar kawasan Seksyen 7 dan merupakan berita baik kepada penduduk di kawasan berkenaan untuk kebaikan masa hadapan.

Sebelum ini, ramai penduduk sekitar Seksyen 7 merungut tentang kebanjiran kenderaan terutama di waktu malam pada Sabtu dan Ahad.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved