Sinar Harian :: Suara Cakna Anda |
Penunjuk perasaan berarak ke pejabat Guang Eng Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT Penunjuk perasaan berarak ke pejabat Guang Eng PULAU PINANG - Lebih 1,000 orang dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini berarak bagi membantah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Kesemua Mereka berarak bermula dari Masjid Kapitan Keling hingga ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang selepas solat Jumaat. |
Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT Pilihan Raya atau jalan raya? Ini bukan baru, malah sejak zaman permulaan reformasi lagi persoalan ini wujud. Laungan mengubah kerajaan – pilihan raya atau jalan raya? Ini yang menjadi canang pembangkang sewaktu itu dan kini, tidak berubah sehingga sekarang. Kita jadi pembangkang Tidak ada jalan lain mengubah kerajaan adalah melalui jalan raya kata mereka. Ini merujuk kepada cara demonstrasi dan tindakan radikal untuk mendapat sokongan rakyat dan cara menunjukkan kekuatan mereka – khususnya dalam menuntut perubahan di negara kita ini. Semuanya bersekongkol dengan kerajaan – SPR – SPRM – Polis – Institusi Kehakiman dan semua jentera kerajaan termasuk media. Kita jadi pembangkang – membangkang pembangkang Kalau mahu mengubah kerajaan guna saluran yang betul – kita ada pilihan raya – kenapa mahu menuntut ke jalan raya. Berdemo dan menyulitkan keadaan. Kalau SPR tidak menjalankan pengundian yang betul – masakan pembangkang dapat menawan beberapa negeri. Namun sepanjang perjalanan reformasi – apa yang diajar ialah kalau mereka tidak dapat melakukan perubahan di pilihan raya maka alternatif lain adalah di jalan raya. Akhirnya semua memperalatkan demokrasi dan demokrasi juga digunakan untuk tujuan tertentu dan apabila di rasa keadilan tidak diperlakukan dengan adil dan tidak memihak kepada meraka - maka mereka akan terus menuntut. Dipetik daripada UMNO Reform (Anuar Mohd Nor) |
You are subscribed to email updates from Sinar Harian :: Suara Cakna Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan