Jumaat, 1 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Jejas ekonomi negara: Mukhriz

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Jejas ekonomi negara: Mukhriz

ALOR SETAR - Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 akan disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik pembangkang pada 9 Julai ini dijangka merugikan ekonomi negara sekiranya tidak dibanteras pihak berkuasa dengan segera.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, suasana huru-hara bakal digambarkan oleh media antarabangsa termasuklah tindakan polis yang kononnya kejam terhadap peserta perhimpunan itu nanti ditakuti menyebabkan ramai pelabur asing lari kerana beranggapan kestabilan politik negara terjejas.

Menurutnya, perkara itu dapat dibuktikan pada perhimpunan Bersih pertama pada tahun 2007 apabila media antarabangsa berulang-kali memainkan rakaman video menunjukkan peserta perhimpunan kononnya 'diserang' polis menggunakan penyembur air dan gas pemedih mata.

"Hakikatnya, tindakan itu tidak akan berlaku sekiranya peserta perhimpunan tidak bertindak melampau merusuh, mencetuskan kekecohan dan melanggar undang-undang apabila mengadakan perhimpunan haram.

"Saya bimbang media antarabangsa memanipulasikan sebarang insiden provokasi berlaku pada perhimpunan itu untuk menjatuhkan imej negara sekali gus menyebabkan pelabur lari kerana menganggap negara kita senasib dengan Mesir," katanya sewaktu merasmikan Seminar Pendidikan Dalam Konteks Islam di Dewan Al-Farabi, Kompleks Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, di sini semalam.

Mukhriz berkata, tindakan parti pembangkang menuntut pilihan raya bersih diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak relevan dan seolah-olah tidak mengiktiraf keputusan pilihan raya umum (PRU) terdahulu walaupun beberapa negeri dimenangi parti pembangkang sebelum ini.

Mukhriz sifatkan gesaan parti pembangkang dan NGO terlibat adalah kalangan mereka yang tidak sabar memegang kuasa selain yakin mendapat sokongan rakyat terhadap usaha mereka itu.

"Sekiranya PRU terdahulu tidak adil, pembangkang tidak akan berpeluang memerintah Kelantan, Kedah, Selangor, Terengganu, Perlis dan Perak sebaliknya Barisan Nasional (BN) akan mencatatkan kemenangan sekurang-kurangnya 95 peratus setiap kali pilihan raya diadakan.

"Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku disebabkan negara mengamalkan sistem demokrasi adil dan saya gesa perhimpunan Bersih 2.0 dihalang demi kepentingan negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek Lynas selamat

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Projek Lynas selamat

KUALA LUMPUR - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan kilang bumi nadir Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang, adalah selamat.

Bagaimana pun, katanya syarikat syarikat Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan di dalam pelbagai bidang teknikal sebelum ia boleh meneruskan operasi peringkat seterusnya.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh pemantau nuklear itu semalam menyatakan bahawa ia tidak menemui satu keadaan mengenai "sebarang ketidakpatuhan terhadap standard keselamatan radiasi antarabangsa" di dalam projek itu.

Sungguh pun begitu, pasukan pengkaji IAEA mengenal pasti 10 isu yang disifatkannya perlu dilakukan penambahbaikan sebelum fasa pengeluaran lesen projek Lynas itu seterusnya dan seterusnya menggariskan 10 cadangan.

Pasukan pengkaji itu juga menambah cadangan ke-11 yang berkaitan dengan cara tindakan berkaitan 10 cadangan berkenaan dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata demikian semasa mengumumkan dapatan satu laporan misi pengkaji IAEA mengenai keselamatan radiasi projek Lynas itu.

Di dalam satu kenyataan, kedua-dua menteri itu berkata rumusan IAEA itu adalah tekal dengan pandangan kerajaan bahawa Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara profesional dan memastikan bahawa Lynas mematuhi standard keselamatan yang perlu.

Laporan 55 muka surat itu menonjolkan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berkaitan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan selaras dengan standard IAEA.

Kesemua 11 cadangan itu bertujuan menambah baik pengurusan fungsi kawal atur AELB dan agensi lain, yang meliputi aspek teknikal, komunikasi awam dan tindakan susulan.

"Kerajaan menerima cadangan ini dan akan mengumumkan satu tempoh masa bagi pelaksanaannya," kata kenyataan itu.

Antara lain, laporan itu mencadangkan Lynas mengemukakan satu pelan pengurusan sisa jangka panjang sebelum ia memulakan operasi bagi mendapatkan kelulusan AELB, kerana pengurusan sisa akhirnya akan menjadi tanggunjg jawab syarikat itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved