Jumaat, 1 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna


Australia kurung pelarian bukan Malaysia: bekas Ketua Jabatan Imigresen

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Australia kurung pelarian bukan Malaysia: bekas Ketua Jabatan Imigresen

MELBOURNE - Bekas Ketua Jabatan Imigresen kerajaan pimpinan Malcolm Fraser berkata, tuduhan kononnya Malaysia memberi layanan buruk kepada orang pelarian adalah bersifat rasis dan hipokrit kerana sebenarnya Australialah yang mengurung orang pelarian.

Berucap pada satu forum di Sydney baru-baru ini, John Menadue berkata, pengalamannya dalam mengendalikan masalah kebanjiran pelarian Vietnam pada 1980-an menyebabkan beliau "keberatan" untuk mempercayai bahawa pertukaran pengambilan orang pelarian antara Asutralia dan Malaysia merupakan suatu cara untuk memecah kebuntuan dalam perbahasan hangat berhubung isu orang pelarian masa kini.

Beliau berkata, kerjasama yang diberi oleh Malaysia amat bermanfaat dalam usaha menempatkan semula beratus ribu pelarian Vietnam suatu ketika dulu.

"Walaupun ada kalanya keadaan tidak begitu menggembirakan, tapi penahanan dan layanan yang kita beri kepada kanak-kanak juga khususnya, tidaklah begitu menggembirakan.

"Wujud unsur perkauman dalam cara kita mengkritik Malaysia dan cara negara itu mengendalikan orang pelarian. Tapi, mereka tidak mengurung orang pelarian di pusat tahanan, sebaliknya, kitalah yang berbuat begitu," kata Menadue yang dipetik akhbar Sydney Morning Herald.

Beliau mengkritik Perdana Menteri Julia Gillard, dan Ketua Pembangkang Tony Abbott kerana ketidakcekapan mereka menangani isu pencari suaka.

Katanya pertukaran pengambilan orang pelarian dengan Malaysia merupakan langkah penting untuk memecah kebuntuan dalam perbahasan mengenai isu pencari suaka di Australia ketika ini.

Menadue berkata, Malaysia tidak akan memproses permohonan pelarian Vietnam untuk ke negara ketiga tanpa mendapat jaminan penempatan semula daripada negara-negara seperti Australia atau Amerika dan itu merupakan suatu langkah bijak.

Sementara itu, bekas penolong setiausaha kedua imigresen Arja Keski-Nummi, yang meletak jawatan tahun lepas, memberitahu forum itu: "Malaysia lebih maju daripada segi pengurusan orang pelarian berbanding Australia kerana Australia mengenakan tahanan secara mandatori." - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peguam profesional dilarang demo, Namun Najib halang demo cara tidak profesional

Posted: 30 Jun 2011 05:00 PM PDT

Peguam profesional dilarang demo, Namun Najib halang demo cara tidak profesional

Saya ingin menjawab ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Konvesyen Peguam kedua yang diadakan di ibu kota yang mana beliau telah memberi ingatan bahawa peguam profesional tidak perlu terlibat dengan demonstrasi jalanan.

Najib juga banyak kali mengingatkan dalam konvensyen itu kepada seluruh kakitangan kerajaan supaya bertindak sepertimana taraf mereka dilantik sebagai penjawat awam.

Sebagai individu yang memimpin sebuah Negara yang berada dalam kelompok Negara membangun, sepatutunya mahu tidak mahu Najib wajib menjadi seorang yang profesional juga.

Profesional juga sinonim dengan mereka yang terdiri dari kalangan pengamal dasar keterbukaan dan sentiasa berlapang dada apabila ada perbezaan pendapat lebih-lebih lagi suara pendapat tersebut datangnya dari rakyat beliau sendiri.

Sejak Bersih pertama dilancar, satu pun tuntutan rakyat tidak diendah, pelbagai medium telah diguna untuk menyampaikan suara ini, walaupun usaha tersebut telah dilakukan, namun tiada yang berhasil, UMNO-BN tetap berlaku zalim terhadap rakyat khususnya dalam isu pilihan raya yang telus dan adil.

Adakah Najib profesional dalam isu ini? Jawapannya tidak, saya cabar jika benar-benar beliau (Najib) profesional, ayuh berdebat secara langsung untuk menjawab isu fitnah yang telah dilemparkan terhadap Bersih 2.0.

Banyak pelanggaran dan pencabulan undang-undang yang dilakukan oleh pihak polis sejak akhir-akhir ini dalam isu Bersih membuktikan bahawa ucapan Najib cuma manis dimulut sedangkan realitinya Najib sudah sangat terdesak dan sudah bertindak diluar batas undang-undang dan perlembagaan negara.

Apabila ada dalam kalangan rakyat tidak setuju dangan dasar oleh kerajaan yang beliau tadbir, maka reaksi yang perlu dan wajib muncul dari batang tubuhnya sebagai pemimpin tertinggi negara adalah mendasarkan keterbukaan, bukannya kolot seperti sekarang.

Penguasaan dan manipulsasi media yang melampau dilihat sampai dikemuncaknya dengan reaksi demi reaksi, semuanya mencerminkan bahawa perdana menteri kolot dan kuku besi, pembangkang tidak diberi peluang langsung untuk menyampaikan pandangan sehingga menyaksikan penyampaian media sebelah pihak dan tidak seimbang yang memangsakan sekelompok rakyat yang terus ditipu dengan berita yang tidak adil dan berat sebelah itu.

Rakyat yang cuma bergantung dengan pemimpin mereka, khususnya mereka yang dari kalangan Umno dan juga golongan atas agar nampaknya terus ditipu dengan berita melampau pemimpin mereka mencemuh Bersih 2.0.

Kerana itu segala unsur lain dari agensi yang menjaga keselamatan juga digunakan sepenuhnya bagi menggagalkan Himpunan dan tututan Bersih.

Gangguan dan tangkapan secara tidak mematuhi undang-undang negara yang telah mencecah angka lebih 100 orang memperlihatkan Najib sebagai Perdana Menteri yang tidak profesional dan sangat lemah dengan memperkudakan pasukan keselamatan demi untuk terus berkuasa.

Semuga rakyat membuka mata dan memastikan undi mereka yang keramat itu dapat mengajar BN secukupnya dalam PRU akan datang.

Kenyataan Media
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong yang juga Ketua Sekretariat PR Perak,
Drs. Khalil Idham Lim

Dipetik daripada blog Cina Islam

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved