Sabtu, 2 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia dilancar serentak di seluruh negara

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia dilancar serentak di seluruh negara

KUALA LUMPUR - Larian Satu Murid Satu Sukan 1Malaysia dilancarkan serentak di seluruh negara hari ini, dengan penyertaan kira-kira 4.1 juta pelajar dari 9,980 sekolah, bagi mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) di bawah kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar.

Selain pelajar, guru dan ibu bapa turut menyertai larian itu, yang pelancaran peringkat kebangsaan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Taiping, Perak.

Bagi Zon Wilayah Persekutuan, seramai 2,500 pelajar mewakili 296 sekolah iaitu 198 sekolah menengah dan 98 sekolah rendah, terpilih memulakan larian sepanjang 1.5 kilometer dari Padang Merbok di Jalan Parlimen hingga Jalan Berjasa di sini.

Sekolah yang terlibat termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa, Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jalan Davidson dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Fletcher.

Pengarah Jabatan Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Mohd Adenan Deraman berkata dasar Satu Murid Satu Sukan merupakan strategik untuk memantapkan lagi empat teras aktiviti sukan sedia ada di setiap sekolah.

"Program ini bertujuan mewajibkan penglibatan pelajar dalam sukan balapan dan padang, merentas desa, dan sukan tara, mengaktifkan aktiviti sukan dalaman seperti sukan tahunan, sukan antara persatuan, mengalakkan pelajar dalam sukan di peringkat Daerah dan Kebangsaan, selain mengaktifkan kembali sukan antara Badan Bukan Kerajaan dan sekolah.

"Melalui program ini, setiap pelajar mesti melibatkan diri dengan sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang diadakan di sekolah...ini dapat memupuk semangat kesukanan dalam diri mereka," katanya pada pelancaran larian itu oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin
D'Cruz di sini.

Di MELAKA, kira-kira 3,000 pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai larian sejauh 1.8 kilometer itu, yang melibatkan laluan di sekitar Stadium Tun Fatimah di Bukit Serindit setelah dilepaskan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali berkata, bidang sukan merupakan landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan jati diri yang kukuh.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan sukan, terutama yang melibatkan pelajar sekolah agar mereka muncul atlet terbaik negeri dan negara kelak.

"Bantuan dan dorongan, sama ada dalam bentuk kewangan, kerjasama dan kepakaran, sentiasa disalurkan agar harapan untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia mampu menjadi kenyataan," katanya.

Di PAPAR, kira-kira 3,000 murid sekolah rendah dan menengah menyertai larian itu, yang menurut Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin, boleh membantu mengimbangi penyertaan murid dalam kegiatan sukan dengan pelajaran.

Beliau berkata, dasar itu juga dapat melahirkan rakyat yang berpendidikan tinggi dan mementingkan aspek kesihatan diri dalam menghadapi dunia penuh cabaran.

"Program ini amat sesuai bagi mengajar murid-murid mengenai kegigihan dalam mencapai kecemerlangan dalam hidup. Sukan juga memerlukan disiplin untuk berjaya sama seperti pelajaran," katanya ketika merasmikan pelancaran serentak Larian Dasar 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Daerah di sini.- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tun Daim - The Game has changed: The real game

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

The page you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable.

Please try the following:

  • Make sure that the Web site address displayed in the address bar of your browser is spelled and formatted correctly.
  • If you reached this page by clicking a link, contact the Web site administrator to alert them that the link is incorrectly formatted.
  • Click the Back button to try another link.

Technical Information (for support personnel)

  • Go to Microsoft Product Support Services and perform a title search for the words HTTP and 404.
  • Open IIS Help, which is accessible in IIS Manager (inetmgr), and search for topics titled Web Site Setup, Common Administrative Tasks, and About Custom Error Messages.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved