SH |
Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT 21 penumpang panik
KOTA TINGGI – Seramai 22 penumpang termasuk pemandu sebuah bas ekspres terpaksa mengharungi detik-detik mencemaskan sebelum kenderaan tersebut terbabas di lereng bukit, di sini, pagi semalam.
Bagaimanapun kesemua mereka selamat dan beberapa penumpang hanya mengalami cedera ringan. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi itu berpunca daripada pemandu hilang kawalan ketika tiba di puncak bukit sebelum terbalik di lereng bukit berdekatan kilang papan di Kilometer 47.5, Jalan Johor Bahru-Mersing. Menurut Ketua Polis Kota Tinggi, Superintendan Osman Mohammad Sebot, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Johor Bahru. "Dengan bantuan orang awam, penumpang yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Kota Tinggi, termasuklah pemandu bas yang mengalami patah bahu," katanya kepada Sinar Harian di tempat kejadian. Katanya, ada penumpang bas terpaksa keluar melalui tingkap cermin hadapan dan memecahkan cermin belakang untuk keluar naik ke tebing menyelamatkan diri. Sementara itu, pihak pengurusan syarikat bas menggantikan bas baru untuk membawa penumpang meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. "Terdapat juga sekumpulan lapan ahli pengakap Singapura yang menaiki bas tersebut. Mereka dalam perjalanan pulang daripada kerja komuniti di Setiu. Mereka telah dirawat sebagai pesakit luar," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |

You are subscribed to email updates from SH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan