Sabtu, 2 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Mayat bayi dalam kotak kasut

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Mayat bayi dalam kotak kasut KAJANG – Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan berbalut dengan sehelai baju T putih dan diletakkan dalam kotak kasut di hentian menunggu bas berhadapan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukong, Kajang, semalam.

Mayat lelaki berkenaan yang dipercayai tidak cukup bulan masih bertali pusat berada dalam keadaan bersih ditemui seorang wanita yang menunggu bas kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abd Rashid Abd Wahab berkata, polis menerima aduan mengenai penemuan bayi berkenaan dan bergegas ke tempat kejadian.

"Selepas wanita berkenaan membuka kotak terbabit, dia terkejut mendapati terdapat mayat seorang bayi di dalamnya lantas menelefon polis.

"Kotak berkenaan juga dilitupi dengan sehelai plastik pakai buang dan diletakkan berhadapan di kawasan hentian R&R berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dipercayai bayi berkenaan mati sebelum diletakkan di kawasan terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Mayat bayi berkenaan kini dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut dan mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau di talian 03-8736222," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved