Sabtu, 2 Julai 2011

SH

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

SH

Nenek tersesat ditemui

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Nenek tersesat ditemui KUANTAN – Seorang nenek dari Kampung Tengah di sini hilang selama 24 jam setelah tersesat dalam kebun di Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Jaya Gading di sini tengah hari semalam.

Mah Riduan, 83, hilang di kebun tersebut apabila gagal dikesan anak menantunya yang membawanya ke kebun tersebut untuk melihat membersihkan kebun tersebut.

Bagaimanapun, warga emas yang hilang sekitar jam 11.30 pagi kelmarin dijumpai orang kampung kira-kira jam 11.30 pagi semalam dalam keadaan tidak bermaya di tepi semak berdekatan tempat dia dilaporkan hilang.

Menantunya, Zainab Dayan, 58 berkata, dia bersama lima anggota keluarganya berhasrat membawa ibu mentuanya ke kebun tersebut setelah sekian lama tidak datang ke situ.

"Sebelum ini kami memang biasa datang ke sini, dan Mak gembira setiap kali melihat pokok buah-buahan yang ditanam.

"Namun hari semalam entah bagaimana kami tidak sedar Mak hilang dan puas mencari serta melaung memanggilnya, tetapi tiada sahutan. Itu yang membuatkan kami bimbang kerana Mak kadang kala tidak ingat," katanya.

Selain itu, Zainab menjelaskan, antara sebab dia membawa ibu mentuanya ke situ adalah untuk menghiburkan hati Mah yang sejak kebelakangan ini kelihatan sedih.

"Mungkin dia bosan duduk di rumah dan apabila membawa dia datang ke sini, wajah Mak kelihatan gembira. Mungkin dia seronok sangat sampai tidak sedar dia sudah tersesat dan jauh dari kami.

"Mujur Mak tiada apa-apa dan saya bersyukur kerana walaupun hilang selama 24 jam Mak masih boleh bertahan lagi," katanya.

Sementara itu, Sahrif Saal, 53, yang menjumpai Mah melihat keadaan mangsa yang keletihan.

"Saya menyertai operasi mencari ini bersama orang kampung dan juga anggota polis dan bomba. Dengan menaiki motosikal saya meninjau keadaan sekeliling tempat mangsa hilang.

"Saya temui dia sedang duduk dalam keadaan lemah di dalam semak dan sebaik saya sampai, dia memang sudah keletihan," katanya yang berkhidmat sebagai anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di sini.

Selain itu, menantu mangsa, Napsiah Ahmad, 52, bersyukur apabila ibu mentuanya selamat.

Menurutnya, sejurus selepas ibu mentuanya hilang, mereka sekeluarga 'berkampung' semalaman di ladang tersebut mengikuti operasi mencari.

"Risau juga jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Mak kerana kesihatan dia juga tidak baik memandangkan faktor usia y dan kadang kala dia tidak ingat apa yang berlaku.

"Bagaimanapun, kami bersyukur kerana Mak selamat dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Zaili Besar yang turut mengikuti operasi itu turut berterima kasih dengan komitmen dan bantuan semua pihak dalam usaha membantu mencari warga emas yang hilang ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

» selanjutnya...

Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved