Sabtu, 2 Julai 2011

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Sinar Harian :: Suara Cakna Anda


PHB sedia jadikan Indonesia penjana pendapatan

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

PHB sedia jadikan Indonesia penjana pendapatan

HwangDBS Vickers Research meramalkan Parkson Holdings Bhd (PHB) bakal beroperasi di Indonesia sebagai penjana pendapatan utama.

Dalam satu nota penyelidikan, firma itu menjangka sumbangan keuntungan bersih Parkson Indonesia meningkat hampir sekali ganda daripada RM12.5 juta yang diramalkan dalam tahun kewangan 2012 kepada RM23.3 juta, 2013.

Ia menyumbang tiga dan 4.4 peratus keuntungan bersih yang diramalkan bagi tahun kewangan 2012 dan 2013.

"Selepas selesai urusan pengambilalihan PT Tozy Bingtang Sentosa pada pertengahan Jun, PHB akan melaksanakan usaha-usaha penjimatan kos," kata HwangDBS.

Katanya, rangkaian pembekal kumpulan itu mendapat manfaat apabila mendapatkan barang dagangan yang lebih murah dan menyelaraskan perbelanjaan pemasaran dan struktur kakitangan.

Di bawah strategi jangka sederhana PHB, ia merancang untuk memperluas rangkaian gedung jualan runcitnya di Indonesia kepada 20 hingga 25 cawangan menjelang 2015 daripada enam sekarang.

PHB juga merancang untuk membuka beberapa cawangan baharu dalam enam bulan pertama tahun kewangan 2012, termasuk dua atau tiga cawangan baharu di Malaysia, lapan di China dan satu di Kemboja dalam tahun kewangan 2013.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bio-XCell peroleh pelaburan AS$70 juta

Posted: 01 Jul 2011 05:00 PM PDT

Bio-XCell peroleh pelaburan AS$70 juta

Malaysian Bio-XCell Sdn Bhd (Bio-XCell) berkata, penyertaannya di Konvensyen Antarabangsa BIO 2011 (BIO DC 2011) empat hari yang berakhir di Washington Khamis, capai kejayaan besar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Raja Ridzwa Raja Abdul Aziz berkata, pencapaian utama semasa persidangan apabila syarikat tersebut berjaya memperoleh dua pelaburan besar bagi taman bioteknologinya di Iskandar Malaysia berjumlah AS$70 juta.

Bio-XCell, yang berusia dua tahun adalah cabang pelaburan Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) dan menyertai BIO DC 2011 tahun kedua.

Raja Ridzwa berkata, Agila Specialities Sdn Bhd, anak syarikat satu daripada syarikat farmaseutikal utama India, Strides Arcolabs Limited, akan peruntukkan AS$40-AS$60 juta bagi bangunkan kemudahan pembuatan di taman bioteknologi.

Syarikat berkenaan juga memeterai perjanjian rakan kongsi strategik dengan MOX-Linde Gases Sdn Bhd, untuk membekalkan gas perindustrian bagi kegunaan syarikat bioteknologi yang terletak di taman itu.

MOX Linde akan melabur kira-kira AS$10 juta bagi memasang rangkaian penyaluran gas di taman itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.sinarharian.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Sinar Harian

Copyright 2010 All Rights Reserved